Rakan Blogger ;

18 January 2011

PostHeaderIcon Kedai Cermin - Menjadi Saksi


18 Mei 2010

Hari itu, aku tekad untuk gantikan Cermin Kereta "Si White" yang sudah retak. Memandangkan retakan itu semakin besar, aku harus lakukan sesuatu sebelum cermin itu meletup. Lalu, aku meminta pertolongan dari rakan sekerja, yang ku panggil "Sis Ninis". Dengan bantuan tunangnya, aku dan "Sis Ninis" menuju ke Kedai Cermin Kereta yang terletak di area Setapak, iaitu berdekatan dengan tempat tunang "Sis Ninis" bekerja. Hari itu hujan lebat. Dan, seperti biasa, aku tidak mampu untuk memandu laju. Dalam perjalanan, tunang "Sis Ninis" beberapa kali telefon bertanyakan lokasi kami. Aku sudah cuba untuk memandu laju tapi ternyata ianya tetap memakan masa sejam lebih juga. Al maklumlah, bila hujan, trafik jamp giler.

Rasa bersalah mula menyelubungi diriku. Yelah, aku telah menyusahkan mereka berdua, dek kerana lambat, aku bimbang diorang tak jadi berniaga malam itu. Ah, akhirnya, tepat Jam 7.15 malam, kami tiba di Kedai Cermin itu. Semasa sampai, aku lihat tunang "Sis Ninis" sudah berada di situ. Kami pun turun dan menghampiri "Mr. Mman", iaitu tunang "Sis Ninis". Setelah beberapa minit berlalu, barulah aku perasan, diantara kami bertiga, rupanya terselit salah seorang rakan sekerja "Mr. Mman".

Awalnya, aku sangkakan "si dia" itu adalah pekerja Kedai Cermin itu. Lagi-lagi cara dia memandang aku seperti aku berbuat salah padanya. renungan yang tajam. Serius. Tanpa senyuman. Tapi, setelah aku melihat "uniform" yang dia pakai sama dengan "Mr. Mman", jadi aku mengagak, "si dia" merupakan kawan sekerja "Mr. Mman". Hampir sejam disitu, "si dia" belum juga lagi beredar, cakap punyalah banyak, dok berulang alik tengok orang tu pasang cermin, lepas tue semua benda kat kedai tu dia nak usik tapi aku masih tak tahu apa "point" dia untuk tunggu di situ. Kononnya sebab hujan. Mungkin jugaklah. Ah... Lantaklah. Masa tu, aku memang tak ambil pusing sangat. Bukan dia ganggu aku pun.

Jadi, aku tidak mengambil endah sangat. Sehinggalah, "Mr. Mman" membelek "handset" yang baru ku beli dan "snap" pic "si dia". Hampir selesai cermin ditukar, barulah "si dia" beredar. Sempat juga aku mendengar "Mr. Mman mengusik, "takkan nak balik dah kot, kata nak mintak no. telefon oi.....". Tapi aku langsung tak menoleh untuk melihatkan reaksi "si dia". Yang aku dengar bila "Sis Ninis" menyampuk, "Alah..... mintak no. tu kat aku pun boleh......". Bila balik rumah, aku tengok pic itu, oleh kerana aku tidak mengenali "si dia", jadi aku "delete" saja pic itu. Tapi, siapa sangka, pertemuan sesingkat itu sebenarnya telah menjadikan terjalinnya perhubungan yang kian utuh hingga kini. Kuasa Tuhan itu sememangnya sangat menakjubkan.

0 Orang Yang Rajin Mengomen:

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.