Rakan Blogger ;

20 January 2011

PostHeaderIcon Gugusan Rindu


Bab I

Hari itu seperti biasa, tatkala jam menunjukkan tepat 5.45 petang, jantungku akan berdegup kencang mengingati detik-detik yang pernah ku lalui suatu ketika dulu. Kebiasaannya, pada waktu begini aku sedang berkemas-kemas bergegas untuk pulang selepas waktu kerja. Telefon bimbitku jua tidak putus-putus berdering. Kadangkala tingkahku bagaikan “lipas kudung”. Dan, kerana itu, ianya menjadi perhatian dan mencuit hati rakan-rakan sekerjaku terutama Alya dan Firuz. Mereka pasti akan ketawa berdekah-dekah nila mana melihatkan keadaanku yang kelam kabut itu. Namun, usikan dan ejekan mereka tidak pernah ku ambil pusing. Kerna, bagiku tika itu yang penting adalah untuk tidak membuatkan kekasihku, Syafiq Amzar tertungu-tunggu. Aku mahu kedatanganku setiap kali ke keretanya disambut dengan senyuman manisnya yang sentiasa terukir di bibir.

Dam! Bunyi fail yang jatuh dari atas mejaku membuatkan aku tersentak. Aku merenung pada fail yang terjatuh itu. Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Ah! Ternyata aku berkhayal lagi. Semuanya memang cuma tinggal kenangan dan sememangnya menimbulkan sejuta persoalan. Sudah 6 bulan berlalu, namun khabar berita tentang Syafiq Amzar belum jua ku terima. Kehilangannya secara tiba-tiba menjadi tanda Tanya. Acap kali aku cuba untuk melupakan dirinya tetapi aku belum mampu untuk mengusir bayangannya dari pandangan mayaku. Dan, setiap kali aku mengingati dirinya, hatiku bagaikan dihiris-hiris. Sedih. Kecewa. Pilu. Marah. Semuanya sudah bercampur aduk. Kiriman e-mel dariku setiap hari dibiarkan sepi. Tidak lagi berbalas seperti 3 bulan awal pemergiannya ke daerah itu.

Masih ku ingat petang itu, 9 bulan yang lepas, sebelum Syafiq Amzar meninggalkan ku untuk berhijrah ke salah satu daerah yang terpencil yang terletak di Negeri Sabah. Petang itu, petang Jumaat, seperti biasa, Syafiq Amzar sudah menungguku di dalam kereta miliknya, Proton Gen 2 berwarna putih. Pada hari itu jualah hari terakhir, aku mendengar Alya dan Firuz mengusik dan mentertawakan ku.

“Oit! Sha! Afiq dah sampai ke hah…?” jerit Alya sejurus selepas melihat aku bercakap dalam telefon.
“Alah kau ni Alya, kalau dah bunyi telefon time ni, faham-faham lah. Buat-buat tanya pulak kau ni ye…” jawab Firuz lantang sambil memandang ke arahku.
“Aku memang tahu pun, saja tanya je, manalah tahu kan kot-kot hari ni Cik Nur Afina Delisha kawan kita ni dapat panggilan dari orang lain. Apa kau ingat Afiq je ke yang call dia….?” balas Alya sambil berjalan menghampiriku.
“Habis tu kau tak tengok ke yang Sha tengah buat “sesi kebersihan” lepas jawab call tadi….? Kali ni Firuz pulak yang datang menghampiri kami. Sambil memegang beg tanganku yang terletak di atas meja,
“Alya, kau tengoklah ni, dengan beg dah letak atas meja, dengan minah ni dah mula berbedak, bermekap, siap sembur perfume sampai tersumbat hidung semua orang kat Office ni, kau rasa ada putera lain ke yang datang jemput dia selain si Afiq tu….?” sambung Firuz dengan nada sindiran. Aku dan Alya yang mendengar terus tertawa.

Ring!Ring!Ring!
Telefon bimbit ku berdering lagi. Aku menoleh pada Alya. Ku lihat pada skrin. Tertera nama “Abangku Sayang” yang telah ku set untuk panggilan Syafiq Amzar.

“Alamak…. Aku dah lambat ni, kauorang punya pasal lah ni, tak habis-habis nak menyibuk……” rungutku sambil mengutip barang-barang make-up ku di atas meja dan memasukkan ke dalam beg.

“Hish kau ni pun bersiap lambat sangat. Jawab jelah call Afiq tu bagitahu kau tengah tunggu lif……” saran Alya sambil menahan gelak.
“Tak sempat dah ni, kang aku balik kena sembur, dah…..ketepi sikit, aku nak pakai kasut ni……” jawabku sambil megenakan kasut dengan tergesa-gesa.
Alya dan Firuz memandangku sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Beg tangan di atas meja ku tarik pantas dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua sambil melambaikan tangan ke arah mereka.
“Bye….” ucapku ringkas.
“Hurmmm… yelah, bye…. Jumpa Isnin ni….” jawab Alya sambil menuju ke arah tempat duduknya kembali. Firuz hanya memerhatikanku sambil tersenyum.

*** ***
Kereta milik Syafiq Amzar ku lihat dari jauh. Ianya betul-betul berada di hadapan Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Iaitu, tempatku bekerja. Dengan langkah laju aku menuju ke kereta tersebut. Ku lihat wajah Syafiq Amzar murung. Tidak seperti selalu. Kedatanganku jua tidak bersambut. Pintu Proton Gen 2 itu ku buka perlahan. Syafiq Amzar masih memandang bahagian depan. Tidak langsung menoleh ke arahku. Dengan langkah longlai, aku masuk melabuhkan punggung ke dalam ruangan Proton Gen 2 itu.

“Assalamualaikum….” sapaku ringkas. Syafiq Amzar masih merenung jauh. Tangannya ku lihat memegang kejap pada stereng.
“Abang……” ku cuba memanggilnya. Kali ini, Syafiq Amzar tersentak.
“Waalaikumsalam……” jawabnya perlahan. Segera handbreak diturunkan dan terus menderum meninggalkan perkarangan bangunan itu.
“Kita nak pergi mana ni….?” Sapaan Syafiq Amzar tiba-tiba mengejutkanku. Sejak tadi kami berdua hanya membisu. Hanya suara dari corong radio yang kedengaran.
“Abang nampak letih je, macam ada masalah. Dari tadi Fina tengok Abang lain sangat hari ni tapi Fina takut nak tegur, kita balik jelah….” jawabku perlahan. Syafiq Amzar terus menoleh ke arahku dengan renungan tepat. Kemudian, dia memandang semula ke bahagian hadapan.
“Kita makan dulu. Ada benda yang Abang nak bincangkan……” ujar Syafiq Amzar tegas.
Proton Gen 2 milik Syafiq Amzar terus dipandu laju menuju ke arah Kepong.
“Yes! Mesti nak makan kaki ayam ni…..” bicaraku dalam hati. Senyuman yang terukir di bibirku membuatkan Syafiq Amzar sekali lagi menoleh ke arahku. Bahuku dipaut menghampirinya. Tangan kiri ku ditarik melingkari perutnya. Kepalaku diletakkan ke atas dadanya dan di usap perlahan.
“Abang pasti akan rindukan senyuman sayang ni……” bisik Syafiq Amzar perlahan. Bingkas aku bangun.
“Hei kenapa sayang ni, nasib baik tak terbabas……” Syafiq Amzar kelam kabut membetulkan stereng.
“Yelah…. Abang ni, kenapa tiba-tiba cakap macam tu, macam nak pergi jauh je…..” bicaraku lemah. Seakan merajuk. Syafiq Amzar tersenyum mendengarkan kata-kataku. Bahuku di paut sekali lagi. Dia tidak menjawab. Tetapi terus memandu kereta menuju ke arah sebuah Restoran.

*** ***
Setibanya di Restoran, sambil memimpin tanganku, Syafiq Amzar memilih tempat duduk di bahagian belakang sekali di sebelah hujung. Sepertinya dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualan kami nanti.
Sejurus melabuhkan punggung, Syafiq Amzar memandang tepat ke arahku.
“Sayang….. kita kahwin malam ni nak…?” bicara Syafiq Amzar sungguh-sungguh sambil memegang erat tanganku.
Wajah Syafiq Amzar ku renung sepi. Mataku dan matanya saling berbalas renungan.

“Abang, jangan main-main soal ni boleh tak…? Fina tak suka…..” jawabku sambil menjeling tajam.

Aku mendengar Syafiq Amzar mengeluh kecil. Genggaman tanganku dilepas perlahan. Lantas tangannya laju mencapai kotak rokok di atas meja. Dihidupkan api. Kemudian dinyalakan pada hujung putung rokok yang sudah pun berada di bibir Syafiq Amzar. Sesaat sahaja Syafiq Amzar sudah menghembuskan asap yang keluar dari mulutnya. Ku lihat tangan kiri Syafiq Amzar melambai ke arah salah seorang pelayan restoran.

“Nak makan apa, order lah. Abang tak ada selera nak makan…..” bicara Syafiq Amzar membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke arah pelayan itu. Rasa malu ku tahan.
“Kerabu kaki ayam dengan teh ‘o’ limau suam ye dik….”
“Aik, takkan makan tu je, boleh kenyang…..? tanya Syafiq Amzar. Aku mengangguk perlahan. Dalam hati, aku menahan geram.
“itu sajakah….?” tanya pelayan restoran itu selepas beberapa minit menunggu.
“Cepatlah….. nak order apa lagi ni….? soal Syafiq Amzar lagi. Kali ini nadanya sedikit tegas.
“Ikut abang lah…..” suaraku sedikit bergetar. Syafiq Amzar merenungku tajam. Kemudian, pandangannya beralih ke arah pelayan tersebut. Dia memesan “Mee Goreng” untukku dan “Nasi Goreng USA” untuk dirinya. Pelayan itu mengangguk dan berlalu.

Selang beberapa minit, makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja. Ku lihat Syafiq Amzar begitu selera menikmati hidangan petang itu. Sedangkan aku dibiarkan melayan perasaan sendiri yang masih termangu dengan persoalan yang baru saja Syafiq Amzar timbulkan.

Sememangnya Syafiq Amzar bukanlah seorang lelaki yang romantis pada pertuturannya. Dia bukan lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata cinta. Kadangkala dia menjadi seorang yang sangat garang perilakunya. Sikap panas barannya jua tidak bertempat.

*** ***
“Abang kena pergi Sabah…….” ujar Syafiq Amzar dengan nada sayu. Akhirnya, terluah jua ayat itu. Setelah beberapa jam dibiarkan sepi.
“Sebab tu ke Abang ajak Fina kahwin tiba-tiba tadi….?” soalku ingin menduga. Syafiq Amzar mengangguk. Kemudian, menekup wajahnya dengan telapak tangan.

Beberapa saat kemudian, dia menghulurkan sepucuk surat bersampul putih. Surat itu ku sambut dan ku buka. Saat mataku terpaku kepada tajuk surat itu, hatiku di rundum perasaan pilu. Terasa sebak untuk ku terus menatap bait-bait ayat isi kandungan surat itu.

“Esok Abang dah kena bertolak…..” bicara Syafiq Amzar lemah.
“Kenapa cepat sangat, bang….? Bukan ke dalam surat ni tulis hari Isnin…..” soalku sambil memandang ke arahnya.
“Sayang, memanglah dalam surat tu tulis hari Isnin, tapi tu start Abang kerja, kena lapor diri, jadi esok Abang kena bertolak dah sebab nak cari tempat tinggal, nak tinjau tempat awal….. bukannya dekat tempat tu sayang……”.

Aku mengangguk perlahan. Ada benarnya kata-kata Syafiq Amzar itu.
“Sayang mintak cuti hari Isnin boleh tak…?” soalan Syafiq Amzar ku biarkan sepi. Aku berfikir sejenak, kemudian baru bersuara.
“Kenapa….?” Soalku ringkas.
“Temankan Abang pergi sana. Abang geram betul lah, diaorang ni macam nak kenakan Abang je….” rungutan Syafiq Amzar membuatkan aku tertanya-tanya.
“Hah….? Kenapa Abang cakap macam tu…? Siapa yang nak kenakan Abang ni……?” Soalku tidak sabar.
“Sayang tahu tak Abang ditugaskan dengan siapa…..?” persoalan Syafiq Amzar benar-benar membuatkan jantungku berdegup kencang.
“Dengan pakcik kepada Ainun…..” Syafiq Amzar menjawab malas.

Jantungku berdegup semakin laju mendengarkan nama itu disebut. Ainun Khadijah. Iya, nama itu sememangnya sering membuatkan hatiku terasa berdebar. Telingaku panas. Dia adalah bekas tunangan Syafiq Amzar setahun yang lalu. Pertunangan mereka terputus akibat Syafiq Amzar dapat menghidu kecurangan Ainun Khadijah yang sedang berasmara dengan lelaki lain ketika sedang bekerja. Ainun Khadijah bekerja di salah sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Rakan-rakan Ainun Khadijah yang memaklumkan kepada Syafiq Amzar tentang kejadian malam itu ketika Ainun Khadijah check in dengan salah seorang pelanggan “Mat Salleh” dari Eropah. Ainun Khadijah memang terkenal dengan sikapnya yang suka bersosial. 

0 Orang Yang Rajin Mengomen:

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.