Rakan Blogger ;

30 November 2011

PostHeaderIcon Ak Dah Tak Kisah !

Tahap kesabaran ak dh sampai kemuncak , kenapa lah yg dibawah sll ditindas oleh atasan , sedangkan ibu bapa nak menegur anak pun ada caranya , inikan pula org yang tak ada kena mengena dengan darah daging .


Tadi di pejabat , terjadi satu insiden yang ak sifatkan , sebagai sangat menguji kesabaran ak , belum pun sampai 10 minit ak panaskan punggung duduk di kerusi , tiba-tiba ada suara seakan memerli dan memang sengaja mencari salah ak ;






"Hai , apa cita ne , bos ko punya claim sampai hilang , ko buatla balik , nasib la ko"


Ak dgn rasa membuak-buak membalas dengan suara yang seakan bergetar (sebab tahan marah) ;


"Ok , tak apalah , saya buat je , tak pun biar saya je duduk kat Kewangan tu"


Dia balas , "Aik , bunyi macam marah je ...."






Aku jawab , "Memang marah....." sambil airmata bercucuran dengan lajunya . Bila ak marah , ak mesti nak nangis , kadang ak geram jugak , dah marah , marah jela , kenapa rasa nak menangis pulak .


Tersedu sedan ak tahan rasa geram , kecewa , tekanan , sedih dan macam-macam lagi . Bagi ak , kalau kena dengan gaya teguran , aku boleh terima tapi tula si polan ne , walau dia adalah atasan ak , ak susah nak hormatkan dia mcm mana ak hormatkan atasan yang lain , sikap sombong dan angkuh dia yang buat ak paling tak tahan , siapa pun dia , dia nak buang ak ke , dia nak tendang ak g mana2 ke , dia taknak sambung kontrak ak ke , ak dah tak kisah , ak redha tapi ak akan tetap berdoa , dan ak yakin , DOA orang yang dianiaya akan dimakbulkan , tak kena kat dia , mana tau kena pulak kat anak menantu dia , itu pasti ! Kalau buat kerja nak pilih bulu , pilih kasih , memang susahlah ak nak hormat . Maaf la ye .


Ak yakin , Allah sentiasa bersama ak selagi ak tidak lupa bermohon pada-Nya , selagi ak ingat kewajipan ak pada-Nya , cuma ak berharap , ak terhindar dari segala fitnah , mana tau bila dokumen tu dah jumpa , diorg nk khianat ak , ak yg didapati bersalah sedangkan Demi Allah dokumen itu telah ak serahkan dan tidak lagi ada padaku , pintaku semoga Allah pelihara ak dari dikhianati .


Apa yg ak dapat simpulkan disini , sebagai pemimpin atau pihak atasan , sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahan bukannya menunding jari dan sengaja mencari kesalahan demi nak tunjukkan kekuatan . Ak redha seandainya ini adalah salah satu ujian dan dugaan dari Allah untuk memantapkan kesabaranku , ak yakin walau ak menangis hingga sekawah sekalipun , hati ak akan tetap terus bersabar dan ianya akan menjadikan diriku bertambah kuat utk hadapi sebarang kemungkinan dihadapan kelak . Kesombongan dan keangkuhan seseorang akhirnya akan tunduk dan kalah pada kejujuran dan kesabaran kita suatu hari nanti , insyaAllah . Ak harap , ak akan tetap bersabar .


Akhir kalam , ingin ak kongsikan sepotong ayat Qur'an yang bermaksud ;


‎"Sesungguhnya Robbmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki 

dan 

menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha melihat akan hamba2Nya"


(Al Isra' : 30).




Oleh itu sahabatku semua, jangan takut tak punya rezeki, tapi takutlah kalau kita tak punya 


keyakinan bahwa Allah-lah Pemberi, yang Membuka, Menahan, dan Mengambil. Maka, mari 


luruskan niat, sempurnakan ikhtiar di jalanNya dan tawakal hanya kepada-Nya.

InsyaAllah hidup kita akan dicukupi dan berkah. ♥
28 November 2011

PostHeaderIcon Bila B2B, Persoalan Inilah Yang Sering Menerpa ke Mindaku ;


Persoalan ini yang sering menghantui pemikiran ak sejak akhir-akhir ini, namun hujah dan jawapan yang diberikan sangatlah berguna untuk ak jadikan sebagai panduan , terima kasih kepada tuan punya blog , yg mmg ak follow sejak dari awal pembikinan blog ak ini , semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang lain jua . Amin .

PostHeaderIcon Peristiwa Penting ;

Peristiwa penting kali ini yang ku ingin isikan dalam entri ialah mengenai Awal Muharram dan info yang ku dapat adalah dengan mengutip di Pakcik Google, sengaja ku isikan dalam blog ku sendiri agar senang untuk aku menelaah sekiranya memerlukan sesuatu maklumat kelak.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muharram (محرّÙ…) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sambutan Maal Hijrah 1433Hijrah kali ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Semoga dengan adanya tema sebegini dapatlah kita sama-sama memahami seterusnya mengaplikasi persefahaman antara masyarakat dengan mengamalkan hidup sihat secara bersatu padu, bekerjasama dan saling bantu membantu agar matlamat dan tujuan kerajaan mewujudkan tema ini sekaligus mengangkat martabat negara untuk menjadi Negara Maju dapat direalisasikan.

Peristiwa Penting dalam bulan Muharram ;

1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram
*Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
*Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
*Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
*Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
*Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
*Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
*Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
*Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
*Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
*Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
*Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
*Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
*Hari pertama Allah menciptakan alam.
*Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
*Hari pertama Allah menurunkan hujan.
*Allah menjadikan 'Arasy.
*Allah menjadikan Luh Mahfuz.
*Allah menjadikan alam.
*Allah menjadikan Malaikat Jibril.
*Nabi Isa diangkat ke langit

Bagaimana dengan sambutan Maal Hijrah kawan-kawan kali ini? Dah mula memasang azam? Sebenarnya ramai masyarakat hari ini lebih mengutamakan Tahun Baru barat sebagai tahun untuk memasang azam sedangkan kita sebagai umat Islam patut melakukan penghijrahan dengan memasang niat dan azam yang baru pada setiap Awal Muharram iaitu membaca Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah. 


Sekiranya anda berkesempatan semalam membaca doa tersebut, tahniah dan syabas. Walaubagaimanapun, azam baru yang diniatkan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Nanti menjadi sia-sia saja.

Oleh yang demikian, untuk menyemarakkan lagi semangat keazaman sempena dengan kedatangan peristiwa penting ini, dengan rasa rendah diri, ingin mengajak anda semua yang berpeluang membaca blog ini untuk menyanyikan Lagu Maal Hijrah, lagu ini sering ku nyanyikan semasa di bangku sekolah dulu malah lagu ini masih tetap dinyanyikan hingga kini tiap kali disambut / diadakan majlis mengenainya.

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA. 
Nyanyi sama-sama ye kawan-kawan ;

Satu Muharam Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Rasullah Dan Umat Islam, Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua, Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman, Untuk Sepanjang Zaman !
23 November 2011

PostHeaderIcon Hadiah Teristimewa ;

Setelah Ayah & Ummi selamat pulang ke Bumi Malaysia, antara hadiah yang paling bermakna diberikan oleh mereka berdua dari Kota Makkah ialah ;

Senaskhah buku berjudul "Wanita Di Ambang Neraka".



Buku ini telah habis ku baca selama sehari saja , namun untuk menguatkan minda ku atas apa yang ku baca, dan juga untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan kandungan buku ini, telah aku taipkan khas untuk ku paparkan dalam blog yang tidak seberapa ini ;

Berikut adalah rangkap syair yang bagiku cukup padat untuk menceritakan bagaimana bentuk neraka , walaubagaimanapun sama-samalah kita ambil teladannya, bukan sekadar untuk dibaca tapi turut dikongsikan bersama, hayatilah ia ;                                                                                                                                                                     
-->
Siapakah gerangan yang mau menjadi korban api yang sangat panas
Yang dipanaskan dan dinyalakan beribu-ribu tahun
Pendosa dan penzina masuk ke tujuh tingkatan neraka
Tujuh Puluh tahun harus mereka lalui untuk sampai ke dasarnya
Ularnya sebesar unta betina dan di dalam mulutnya ada kalajengking
Deraan dan pukulan, malaikat Zabaniyah yang selalu mengintai
Dia sangat keras dan kasar, di tangannya ada cambuk-cambuk dari besi
Cambuk yang membuat gunung terpecah-belah ketika dipukulkan
Makanan mereka pohon zaqqum
Dan minuman mereka
Air yang sangat panas, yang memotong usus-usus
Mereka diberikan minuman dari nanah yang mematikan
Yang keluar dari kemaluan wanita yang berzina
Sirnalah masa muda, pada hari semua orang bermuka masam
Karena besarnya hari itu dan semua manusia kelihatan mabuk
Sungguh menakjubkan, kita semua tahu neraka dan syurga
Sesuatu yang kita rindu (syurga) dan kita khuatirkan (neraka)
Jika tidak ada rasa takut, rindu dan rasa malu
Masih adakah kebaikan dalam diri kita yang biasa diingat

Api neraka yang menyala
Dalam nyalanya ada rantai-rantai yang membelenggu
Mengikat orang yang berbuat dosa
Minuman bagi dalam neraka adalah air yang panas
Makanannya adalah pohon zaqqum
Air yang sangat panas dan air yang sangat dingin
Seperti cairan tembaga menggelegak di dalam perut
Bertambah hina siapa yang jatuh
Jatuh ke dasarnya selama-lamanya
Tinggal kekal di azab dalam neraka
Berteriak sakit menanggung azab
Celakalah dia....
Di atas neraka ada sirath yang licin dan menjatuhkan
Dia atasnya berlalu manusia
Ada sabit yang menggantung di  paru-paru
Ada yang selamat darinya
Ada pula yang jatuh
Tidak diterima tebusan orang yang berdosa
Walaupun suatu hari mengajukan maaf
Maka tidak satu pun yang diterima
Maka inilah balasan bagi orang-orang yang berdosa dan ingkar
Inilah yang terjadi pada hari kiamat
Aku berlindung kepada Rabbku dari nyala api neraka dan azabnya
Siapa yang melakukan tipu daya akan masuk ke dalamnya
Diazab dengan sengatan panas yang membara
Dan siapa yang terikat akan terbelenggu selamanya
Bayangkanlah makanan, minuman dan pakaianmu,
Makananmu api, minumanmu api, dan pakaianmu api !

Kadangkala sering juga kita bertanya, apa yang menyebabkan kita boleh dimasukkan ke Neraka, sangkaan kita apa yang kita lakukan tidak berdosa walhal ianya boleh mendatangkan azab yang perit untuk ditanggung, nauzubillah. Berikut adalah kunci penyebab yang boleh mendatangkan dosa dan menyebabkan seseorang wanita itu dimasukkan ke Neraka, ketahuilah kamu wahai saudariku, penghuni Neraka itu kebanyakannya terdiri dari kalangan kaum kita, kaum wanita, jauhkanlah kita darinya ;

KUNCI-KUNCI NERAKA BAGI WANITA

-->
1.      Syirik
2.      Sihir
3.      Meninggalkan Solat
4.      Tidak Mengeluarkan Zakat Perhiasan
5.      Menyerupai Lelaki
6.      Tabarruj
7.      Mengubah ciptaan
8.      Mengadu domba / Menaburkan Fitnah
9.      Nusyuz
10. Banyak Bicara
11. Menampar Wajah, Meratapi Mayat / Panggilan Jahiliyah
12. Ghibah / Membuka Keaiban Orang Lain
13. Liwat
14. Berhubungan Badan Saat Haid
15. Permusuhan / Saling Tidak Menegur Orang Yang Dikenali
16. Saling Menuduh
17. Menyakiti Tetangga
18. Al-Muhallil dan Al-Muhallal Lahu
19. Menyeleweng
20. Wanita yang menyebarkan rahsia suami isteri
21. Isteri yang meminta cerai


Akhir Kalam sebagai penutup buku itu ;

Renungkanlah wahai saudariku,
Dosamu, wahai yang terpedaya, pasti dihitung dan ditimbang
Dikumpulkan dan ditulis
Di sana, di Lauhul Mahfudz
Hatimu lupa, berpaling dan lalai
Sedangkan kamu mencintai dunia yang menjadi awal azab
Kamu berbangga dengan harta yang tidak halal
Kamu sangat cepat berbuat dosa dan maksiat
Tidakkah kamu mengingat mati yang datang esok hari
Sedangkan kamu setelah selamat akan hancur dan binasa
Tidakkah kamu mengingat kubur yang menakutkan
Didalamnya tubuh yang kuat dihancurkan
Tidakkah kamu mengingat hari yang panjang dan mengerikan
Dan timbangan yang adil ditegakkan
Kamu pergi dan pulang mencari hidup dalam kelalaian
Kematian akan datang menjemputmu, saudariku
Kamu menghadapi keluarnya ruh dari setiap persendian
Tidak ada yang mengasihi sebagai penyelamat di akhirat
Kedua mata ditutup setelah roh keluar
Kedua kaki diluruskan dan kepala ditegakkan
Mereka bergegas menyiapkan dan menghadirkan minyak wangi
Kain kafan
Dan air mandi yang didekatkan
Yang memandikanmu sedih dengan kedua mata yang sembab
Tetesan airmata yang deras dan tangannya yang menyiram
Setiap yang mencintaimu terbakar
Menepuk telapak tangannya dan meratapimu
Dan kain kafan telah dibentangkan dari gulungannya
Mereka telah menyiramnya dengan bukhur dan wewangian
Mereka membaringkanmu di antara mereka
Memasukkanmu ke tempat yang sudah disiapkan
Mereka meletakkanmu dalam lubang sendirian
Gumpalan tanah dan padang pasir memelukmu
Bila ini kondisi kita setelah mati
Bagaimana hari ini enak makan dan minum
Bagaimana hisup terasa enak
Jika kuburan nanti sebagai tempat
Dalamnya gelap gulita dan hitam pekat
Menakutkan, cacing, mengerikan dan meresahkan
Setiap yang baru masuk akan hancur dan sirna
Wahai jiwa, takutlah kepada Allah swt dan berharaplah pada pahala
Kematian yang memotong kenikmatan sudah mendekat
Katakanlah, “Ya Ilahi, berilah aku Rahmat”.
Dan ampunan, sungguh Allah terhadap dosa Maha Pengampun
Jangan Engkau bakar tubuhku dengan api neraka wahai Tuhanku
Tubuhku lemah dan harapanku pada-Mu sangat kuat
Tidak ada Rabb bagiku kecuali Engkau wahai yang mencipta makhluk
Pada-Mu aku bersandar
Kau adalah penyelamat bagi makhluk
Limpahkan salam sejahtera
Ya Ilahi, setiap kali matahari terbit
Atas Muhammad saw yang terpilih dengan sinar seperti bintang

***wallahu a’lam***

12 November 2011

PostHeaderIcon Tepat Jam 12 Masa Untuk Melabuh Tirai ! Selamat Ulang Tahun Kepada Diri ku ...

Tepat Jam 12 ... Penamat Tirai
Bagi Tarikh Lahir ku, 12 November Tahun 2011 


Tiada apa yang istimewa hari ini untuk tahun ini sebab ummi ayah tiada d Bumi Malaysia , tidak dpt meraikannya bersama mereka namun ucapan ummi yg paling bermakna , biarpun jauh , ummi tidak pernah melupakan tarikh kelahiran anak2 nya , itulah ummi . Betapa besarnya pengorbananmu, ummi.

Semoga dengan pertambahan umur ku ini ;

Semoga akal ku semakin luas dan cerdas , semoga hati semakin bersih dan bijak , semoga jasad semakin cergas dan terampil dalam berbuat kebajikan ...

Dengan linangan airmata yg terlalu banyak ku tangiskan hari ini , ku harapkan ak dpt menikmati kesedihan ini kerna dengan air mata ak pasti akan lebih dapat melihat , mana satu kebenaran dan kepalsuan . Dan kesedihan ini mengajariku bahasa hati untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada diriku sendiri dengan keazaman utk bangkit dari kesedihan dan meneruskan perjuangan biar terpaksa harungi cabaran seorang diri .

Oh Tuhan , Terima Kasih Ya Allah kerna sehingga hari ini , ak masih dapat bernafas dengan baik . Pimpinlah HambaMu menuju ke jalan kebenaran . Amin.



Waktu berjalan tiada henti
mengiringi rembulan dan mentari
yang terbit nan tenggelam setiap hari
mengiringi usiaku yang terus bertambah dari hari ke hari
hingga saat ini .

Terima kasih kepada semua yang telah mengingati dan mengucapkan Selamat Hari Lahir hari ini . Terima kasih kalian .

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.