Rakan Blogger ;

22 December 2011

PostHeaderIcon # Jangan Persalahkan Orang !?



Bermula dengan sebuah al-kisah
cuba lihat di semua sudut
cuba amati satu-persatu
cuba belek perlahan-lahan
sudah temui jawapannya...?

Tentu sekali sulit untuk menemukannya
jadi, berhenti berfikir
jadi, berhenti berkhayal
jadi, berhenti mengharap
kerna... lumrahnya memang begitu... !

Untuk apa mencari lagi
kepastian yang belum pasti .

Kan lebih baik
kita mencorakkan perkara yang sediada .

Kelmarin cuba kau ingat ,
umi pesankan apa...?!
Jangan suka menceritakan kisah kita pada sesiapa ,
biarpun kita anggap teman rapat ,
bisakah dipercaya ...?!
tidak mungkin !!!
kan hari ini dia mengungkit ,
tentang segala yang dia tahu tentang kisahmu ,
lalu kau sedih memikirkannya .
Untuk apa...?!
sedangkan dah pun terjadi, bukan !

Jadi, apa harus kau perbuat...?
Lupakan ! Lupakan ! Lupakan !

Lebih cantik lagi, bak kata indonesian,
"ngak usah mikirin lagi dong" .

Melangkahlah sekarang ,
hey ! jgn tgu lagi .
Melangkah sekarang jua ,
lari selaju-lajunya ,
tinggalkan kekusutan itu .
Pergi cari ketenangan ,
kerna ia sedang tunggu .

Jangan toleh ke belakang lagi ,
teruskan perjalananmu mencari kebahgiaan ,
biarkan derita sendirian ,
memang pantas ia begitu .

Ayuh !?
Mengorak lagi ke hadapan ,
pandanglah ke atas ,
tadahkan tangan ,
fikirkan sekarang ,
siapa kita untuk menilai ?!
siapa kita untuk menghukum ?!

Jadi, jangan cari lagi jawapan
yang belum pasti .
Lebih baik menanti jawapan
yang sudah pasti .

InsyaAllah ada jalan-Nya .
Best regards,

19 December 2011

PostHeaderIcon Bertambah Keliru



Hari ini aku termenung lagi
tapi entah d mana renungan ini ku tujukan
pandangan seakan samar
tidak kelihatan dengan jelas
cuba juga ku amati sesuatu objek
Namun, ku tidak tahu apa yang ku pandang !

Sebenarnya AdyShakeyna tidak tahu apa yang AdyShakeyna harus lakukan untuk masa hadapan,
mungkin belum di temui jawapannya kerana AdyShakeyna belum berusaha untuk mencari.
Beberapa bulan yang lalu, AdyShakeyna merasakan jodoh AdyShakeyna telah dekat, tinggal beberapa bulan saja lagi. Namun, kini lain pula yang AdyShakeyna rasakan, macam lama lagi untuk AdyShakeyna tempuhi alam itu. Entahlah, sulit untuk diperkatakan apatah lagi diperjelaskan.

Semakin membuatkan ianya menjadi keliru tatkala AdyShakeyna merunsingkan kerjaya, yang belum jua tetap, yang posisinya masih goyang, tertekan jua bila sering memikirkan.

Apakah sebenarnya yang akan berlaku di hadapan, tiada siapa yang tahu, jadi apa yang dapat AdyShakeyna simpulkan di sini, jika kita berkehendak sesuatu, kita harus cuba sedaya upaya menggapainya, disamping bermohon pada yang Esa agar segala apa yang kita rancangkan, akan kita dapat capainya jua.

Harap-harap begitulah. Amin.

Best regards,

12 December 2011

PostHeaderIcon Mendidik Jiwa Dengan Keinsafan ;



Malam ini AdyShakeyna terasa ingin mengisi kesepian dgn mendengar lagu-lagu bersifat ketuhanan , sambil mendengar , AdyShakeyna gunakan khidmat "Pakcik Google" utk mencari lirik-liriknya , bila di amati tiap baris kata , sememangnya ia meruntun jiwa , AdyShakeyna terasa sebak , terharu.................... rendah diri utk memperkatakan AdyShakeyna sudah bersiap sedia menjadi Muslimah Sejati , masih banyak lagi perkara dan perbuatan yg perlu AdyShakeyna perbaikinya . 

Kadangkala ujian & dugaan yg dtg menjadikan kta lebih kuat  , sabar & telah bersedia hadapi apa saja kemungkinan . Sekarang , baru AdyShakeyna sedar , bukan mudah utk kta menyeru
 "Ammar Makruf Wa Nahi Mungkar" ...
tidak semudah kta menuturkannya .

Patutlah kadangkala melihat keperitan Ummi Ayah AdyShakeyna menyeru anak-anak supaya jangan tinggalkan solat , tiap waktu perlu diingatkan walhal semua telah dewasa , telah mencapai akil baligh , namun biarpun tampak mereka penat , mereka tidak pernah mengeluh . Itu sudah cukup buat AdyShakeyna merasa bangga dgn kebesaran hati mereka .

Sebagai penutup tirai entry AdyShakeyna malam ini , dgn pertolongan "Pakcik Google" , ingin sekali AdyShakeyna mengabadikan lirik-lirik ini di dalam dunia AdyShakeyna sendiri . Hayatilah ia bersama ;

1)
MUNAJAT
Nada Murni


Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan 
Pengharapan 

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan 
Membuktikan kecintaan 

Bisikanku untuk-Mu 
Munajatku mohon restu 
Semoga cintaku bukan palsu 
Pada desiran penuh syahdu 
Gelombang lautan rinduku 

Tuhan 
Kubisikkan kerinduan 
Keinsafan 
Pengharapan 

Tuhan 
Kusembahkan pengorbanan 
Membuktikan kecintaan 

Munajatku dalam syahdu 
Merindui maghfirah-Mu 
Mardhiah-Mu dalam restu 
Harapan tulusnya hatiku 

Kurindukan pimpinan-Mu 
Keagungan-Mu dalam doaku 
Kebesaran pada qudrat-Mu 
Ia membina ruhaniku 

Tuhan 
Kubisikkan kerinduan 
Keinsafan 
Pengharapan 

Tuhan 
Kusembahkan pengorbanan 
Membuktikan kecintaan 

Ujian kepahitan 
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan 
Ketenangan dan kebahagiaan 
Bayangan syurga idaman 

Munajatku dalam syahdu 
Merindui Maghfirah-Mu 
Mardhiah-Mu dalam restu 
Harapan tulusnya hatiku 

Kurindukan pimpinan-Mu 
Keagungan-Mu dalam doaku 
Kebesaran pada Qudrat-Mu 
Ia membina ruhaniku 

Tuhan 
Kubisikkan kerinduan 
Keinsafan 
Pengharapan 

Tuhan 
Kusembahkan pengorbanan 
Membuktikan kecintaan

2)
Jalan Cahaya       
Ada Band

Laksana air di gurun pasir
Sejukkan jiwa yang kehausan
Di sepanjang keruh rapuhnya dunia
ku selalu merindukan belaiMu
ku ingin Kau slalu bertahta dalam kalbuku

Kau hadir di setiap hela nafasku
Hangat alirkan butiran daarahku
Betapa suci dan agung cintaMu
Tak sanggup nalarku memikirkanMu
Ku ingin Kau selalu bertahta dalam bathinku

Bimbinglah aku dalam pelukanMu
Jangan lepaskan lagi
Izinkanlah malaikat menjagaku dari kelamnya nafsu dunia
bawalah aku ke jalan cahaya terang kerajaanMu
Jadikan mimpiku jelas sempurna menyatu dalam istana surga

Kemana kapalmu kan berlabuh
di sana juga kau bermuara
Kemanapun hidupmu kau arahkan
Disanalah dermaga akhirmu
Yakinlah Dia bersemayam dalam hatimu

3)
Lefthanded

Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku

Oh sayangku penawar rinduku

Best regards,



11 December 2011

PostHeaderIcon Outing , Movie ~ Ombak Rindu & Luvely Dinner ;

December 03, 2011

Kali ini AdyShakeyna pergi tengok Filem Ombak Rindu di Brem Mall, Kepong bersama "Te Amo". Dalam pada merajuk, pergi jugak menonton dgn si dia. Hehehehe =) Merajuk mengada~ngada namanya tue. Nasib baikla dia layan cerita cinta.




FILEM yg diapdatasi dari Novel Ombak Rindu, yg juga merupakan kegemaran & kegilaan AdyShakeyna masa zaman persekolahan. Akhirnya, dapat juga AdyShakeyna tunaikan permintaan hati yg melonjak-lonjak sejak tayangan filem itu telah dilayarkan.


Pada pandangan AdyShakeyna, filem itu berjaya membawa peminat novel & peminat tulisan karya Fauziah Ashaari untuk mengubati rindu kepada watak Izzah & Hariz. Sememangnya watak Izzah yg d ceritakan tak terlalu sama dgn lakonan Maya Karin tapi boleh dikatakan ianya berjaya juga. Tak serupa tapi sama. Kejayaan awal Filem Ombak Rindu seperti memberi gambaran bahawa filem adaptasi akan menjadi trend popular dalam industri filem tempatan selepas ini. Perkara itu menjadikan hati AdyShakeyna semakin membuak untuk menjadi penulis kelak.

Filem itu turut menjadi buah mulut setiap orang dan perkataan Ombak Rindu menjadi satu trend laman sosial di FB, Twitter & juga Blog. Pujian mmg patut diberikan kepada barisan pelakon spt Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Suruhani, Bront Palarae dan Zaidi Omar yang menjadikan filem ini lebih dikenali. Walaupun babak di ranjang itu, dirasakan kurang sesuai utk ditonton semua lapisan umur, dan menjadikan AdyShakeyna rasa was-was & segan nak berikan keizinan adik-adik tonton filem ini. Tapi, mana boleh halang mereka, harap mereka tidak terlalu peduli dgn babak itu. AdyShakeyna paling suka dgn single Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz ygmeruntun jiwa. Lagu ini juga membuatkanp engaliran air mata  dan menyentuh jiwa sesiapa saja yg menonton dengan segala emosi yg dibawakan dalam filem ini.

Dalam panggung, beberapa kali AdyShakeyna mengalirkan airmata secara sembunyi. Bila "Te Amo" menoleh ke arah AdyShakeyna, dgn pantas AdyShakeyna mengesat airmata, tapi dia tahu jugak rupanya, terkekeh-kekeh dia mentertawakan AdyShakeyna. Hati AdyShakeyna sememangnya mudah tersentuh, mudah menangis & sgt sensitif. Tapi adakala AdyShakeyna blh menjadi seorg yg garang & pns baran, pantang d usik. Walaupun dah tengok movie ne, tetap rasa tak puas, tolonglah... AdyShakeyna nak sgt baca Novel tue lagi, dulu masa zmn sekolah cuma pinjam kawan-kawan punya. Nak beli jugak, walaupun "Te Amo" melarang, biarlah kan, itu hak dan minat AdyShakeyna, sesiapa pun tak blh halang selagi AdyShakeyna gunakan duit sendiri. Full Stop.




Btw, Credit to "My Te Amo" sbb sudi temani saja kemana AdyShakeyna pergi, setia betul dia, yelah... mungkin sebab dia pun suka pergi tengok wayang & berjalan.

Sempat juga kitorang menikmati "dinner" malam itu dgn rasa serba kekurangan, hanya mampu tertawa bila makanan tidak menepati citarasa tekak, nak buat mcm mana, dah bayar, lapar pula, so bedal jelah kan ;


 "Te Amo" menghirup air - sedang kehausan selepas makan Nasi Goreng Ayam - yg agak hangit.

 Gambar yg diambil secara tidak sengaja oleh "Te Amo" tatkala mengatakan ABC ini sangat tawar ! <keciwa rasanya>
Mampu tersenyum jua kerna menanti saat untuk menonton "Ombak Rindu".


Okaylah, AdyShakeyna akhiri entry kali ini dengan serangkap baris/lirik lagu Single Ombak Rindu yg sememangnya dah terhafal oleh AdyShakeyna sendiri ;


"Tuhan tolong lembutkan hati dia , untuk terima ku seadanya , kerna ku tak sanggup , kerna ku tak mampu , hidup tanpa dia , di sisiku .... uuuuuuhuuuu"


Bubye All !

PostHeaderIcon Terima Kasih Lyssa Faizureen !



Hai , Just Wanna to Say ;
Credit to http://www.lyssasecret.com
TQVM . Tengoklah , Blog AdyShakeyna dah berupa lain 
kerna follow tutorial dri dia . Thanx Yunk !

Best regards,
10 December 2011

PostHeaderIcon Suka Sangat !

Wah ! Hari ni bila buka blog , teruja sgt bila AdyShakeyna tengok , followers dah bertambah , daripada 2 orang sampailah jadi 20 orang dlm masa seminggu , mmg masih belum banyak , tapi disebabkan AdyShakeyna masih baru dalam dunia blogger , benda tue dah buatkan AdyShakeyna happy sg t, yelah tue pn sbb AdyShakeyna jarang on9 , lagi2 hari bekerja , semua ne ats usaha AdyShakeyna rajin jgk selak-selak blog org lain , terutama suka sgt menjenguk & menyinggah blog "Ben Ashaari" , "Lyssa Faizureen" & "Clara Rella" . Mereka Hebat ! Selain AdyShakeyna mula berjinak joined contest & segmen yg dianjurkan . Semua tue dah membuahkan hasil walau tampak sedikit . Thanx Buddies !

PostHeaderIcon #PermintaanHati@Saturday

On Saturday: "he made his first appearance Saturday".

Saat itu mata ku terpaku
bila terpandang baris-baris ayat yang sememangnya 
bisa melemahkan ak
ku ulangi membacanya
terasa sesak di hati
terasa senak di perut

tanpa ku sedar
airmata ku membanjiri pipi
ku tenung tulisan itu lagi
ku renung berkali-kali
ku menangis semahunya
tulisan itu sememangnya membawa
hati ku ke lembah kebencian

sungguh-ia bisa melukakan ak
walau hanya dengan kata-kata
tanpa guna sebilah pisau pun
tapi hati ini bagai di carik-carik
semahunya dia....sungguh-berbisa

Oh, sungguh pedih
dengan sikap hipokrasi dunia
Tuhan,
Tolonglah ! Tolonglah !
Jangan biarkan ianya melemahkan ak !
07 December 2011

PostHeaderIcon Wordless Wednesday # 1

Assalamualaikum wbt . 
Selamat Sejahtera .
Bersama Mu Selalu ;

PostHeaderIcon Contest - Andai Aku Blogger Terkenal


Hello Readers !!! Assalamualaikum ! 
AdyShakeyna would like to invite u all to join dis ;

#ain-soofiyah.blogspot.com
#balqisazhar.blogspot.com
#snissakarim.blogspot.com

Jom KLIK ramai2 .... Sila klik pada banner untuk sertai contest =)

Hai, kali ini AdyShakeyna nak try joined "contest" pulak , nak tau kenapa? sebab hadiahnya menarik , apa lagi kalau bukan sebab NOVEL - memang menjadi kegilaan AdyShakeyna utk baca NOVEL tetapi sejak kerja ne , AdyShakeyna dah lama tak jadi kaki NOVEL , so manalah tau , dari inspirasi sertai contest ne , akan menjadikan AdyShakeyna sebagai kaki NOVEL lagi seperti dulu-dulu .

So, guys ... sesiapa yang berminat mcm AdyShakeyna jugak , jomlah kita sertai beramai-ramai, rezeki siapa , belum tentu lagi , kalau AdyShakeyna tak dapat , rakan-rakan blogger dapat , kira orite la tuh kan .

Jom Tengok Hadiah yang ditawarkan :))

Pemenang 1- Novel pilihan anda berharga RM 40 + badge + hadiah misteri
Pemenang 2- Novel pilihan anda berharga RM 30 + badge + hadiah misteri
Pemenang 3- Novel pilihan anda berharga RM 20 + badge + hadiah misteri
Saguhati 1- Hadiah misteri + badge
Saguhati 2- Hadiah misteri + badge
Saguhati 3- Hadiah misteri + badge


AdyShakeyna nak tag pada rakan-rakan yang lain ;


:. Jangan lupa follow yg AdyShakeyna tag jugak ne yea , kita tambah2 kenalan .:

<Tarikh tutup penyertaan 10 DESEMBER 2011>
06 December 2011

PostHeaderIcon PermintaanHati@Tuesday

On Tuesday: "they're all leaving Tuesday".

Entah mengapa , aku merasakan sungguh sepi
ku toleh kiri dan kanan
tiada lagi tempat berpenghuni
kemanakah mereka?
soalku sendiri...
bertubi-tubi...
namun apalah yg dapat ku katakan
sedangkan ak sendiri tidak pasti...


Kemanakah mereka sebenarnya ,
apakah ak pantas mencari mereka
atau biarkan saja?
ak sendiri tidak tahu apa ertinya .

Jadi , apa lagi perlu ku buat?
selain merasakan diri sedang dilanda kesepian .
Oh Angin , sampaikan saja salam ku kepada mereka , 
katakan , ak tidak mahu lagi mengganggu mereka
semacam mana mereka yg membebani ku selama ini .

Katakan buat mereka ,
seandainya tindakan mereka bijak , maka teruskanlah...
jika tidak , lupakan saja jika berniat ingin melupakannya .

Angin , jangan kau bawa ak pergi bersama mereka ,
ak ingin sesepi ini buat seketika ,
pantas jua mereka meninggalkan ak ,
bolehlah ak berlapang dada walau hanya untuk sementara .
05 December 2011

PostHeaderIcon #PermintaanHati@Monday

"I'll call you Monday".


Malam itu , angin datang menyapa ,


sedang ak sisirkan rambut yang mengurai ,

angin seakan ingin mendampingiku , 

apakah ia membawa seseorang ? Entahlah ...

Usai rambut diikat rapi ,

ak merapati katil ,

namun angin itu masih mengekori ku ,

sehendaknya dia , menampar-nampar wajah ku ,

ak merengus seketika ,

ku pandang ke jendela , 

rupanya ia terbuka .
04 December 2011

PostHeaderIcon Segmen | Cik Bunny : JOM BLOGWALKING ! (Bhg. 2)

Hello Readers !!! Assalamualaikum ! 
AdyShakeyna would like to invite u all to join dis ;

http://inspirebunny.blogspot.com

Jom KLIK ramai2 .... Sila klik pada banner untuk sertai segmen =)

Masih Lagi AdyShakeyna excited joined segmen , kali ne , joined Blog Cik Bunny pulak , hehehehe =D .

Ini d namakan usaha utk menambah kenalan dari rakan-rakan blogger . Tapi kali ne , AdyShakeyna nak catatkan syarat dan peraturan utk sertai segmen ne , sila baca utk mengetahui maklumat lebih lanjut ;

1) Tak perlu buat entri. kalo rajin buat thanks banyak2 ^_^


2) Join group Gedung Ilmu dan Like Post sini: http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=216551698375661&id=1368847196759173) letak URL blog korang ke entri ni berserta nama FB korang. kalo kat tempat lain Cik Bunny tak terima =p

Tarikh tutup: 15 Disember 2011 (mungkin diubah bila2 masa)

PostHeaderIcon Segmen | Aku Dan Zodiak

Hello Readers !!! Assalamualaikum ! 
AdyShakeyna would like to invite u all to join dis ;

http://fiesayangrul.blogspot.com

Jom KLIK ramai2 .... Sila klik pada banner untuk sertai segmen =)

Apa yg menarik dgn segmen ne , tiada tarikh tutup , dan akan di"update" dari semasa ke semasa , tujuan owner segmen ne , hanya utk list kan rakan-rakan blogger mengikut zodiak , bagus kan .... saja AdyShakeyna nak joined da segmen , tujuan yg sama spt AdyShakeyna sertai segmen Genk , hanya nak tambah kenalan di blog . Secara peribadi , AdyShakeyna tidaklah begitu percaya dgn ramalan zodiak tetapi suka membaca @ Majalah Remaja , saja nak baca & walaupun kadangkala faktanya tepat , cuma utk suka-suka baca aje . AdyShakeyna berbintangkan zodiak Scorpion , tarikh lahir pada 12 November 1986 . So , AdyShakeyna dgn rasa rendah diri kerana masih baru dalam dunia blogger ingin menjemput rakan2 blogger yg lain turut sertai segmen ini . Bubye . See'll then .

PostHeaderIcon Segmen | Genk Cari Blogger

Hello Readers !!! Assalamualaikum !
AdyShakeyna would like to invite u all to join dis ;

www.genkcorner.blogspot.com

Jom KLIK ramai2 .... Sila klik pada banner untuk sertai segmen =)

Tarikh tutup : 10/12/2011 , Sabtu , jam 2 petang


Since AdyShakeyna baru nak berjinak-jinak dengan blog , rasa terpanggil nak sertai segmen sebegini untuk tambah kenalan , bila dh joined , terbukti kita mmg blh tambah kenalan dan mempelajari lebih mendalam apa yg kita blh dapat dari pembikinan blog , itu point yg AdyShakeyna dapat start frm joined & follow blog "Ben Ashaari" , mmg terasa santai dgn beliau walau tak pernah kenal sebelum ni and NOW , baru AdyShakeyna faham dan nikmati apa yg BEST dalam DUNIA BLOGGER . Chill Out .
01 December 2011

PostHeaderIcon # BestWishes4U

Sekeping kertas pink ini ku layangkan kepada dia menerusi angin bayu malam ;


Dear En. Tunangku ,


Dah lama kita tak berjalan jauh , agaknya sebab kita dah lama tak luangkan masa bersama ,
jadi kita tak punya waktu utk lebih berbicara , sebab tu kita sering bercakaran sejak akhir-akhir ne . Kan , Kan , Kan .
Jom kita plan trip nak tak , ajak kengkawan lain join da club ; I Lov3 Vacation , dear . Nak Relax Kan Minda Sejenak .


xoxo,
Cikebum Bam Bam Comel
(Ahaks !)



Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search Blog

Loading...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.