Rakan Blogger ;

19 August 2011

PostHeaderIcon Cerita Ini Memang BEST ~ KCB ;

Sejak Astro memberikan peluang menonton secara percuma (pratonton) Siaran Indo-Pack... (Bintang & Pelangi), sejak itu ak menjadi "teman setia" televisyen pada jam 10 pm ke atas, jika tidak, ak lebih suka melayari internet (kalau anah kasi pinjam broadband) la... kalau tidak, aku berSMS dgn yg tersayang...



Cerita ni/Filem ni tersangatla hebat jalan ceritanya. Mula2 tengok je, rasa nak tengok, tengok dan tengok lagi. Oleh krn itu, umi bersetuju melanggan siaran itu dgn syarat, siaran Mustika/Warna perlu dipotong.... hahahaha, pandai jgk umi nie kan... So, memandangkan kini ianya perlu dibayar, ktorg pon pujukla umi utk melanggan. Satu kelurga dok menghadap cerita ni. Sugguh hebat karya penulis novel dan pengarah cerita tersebut.(Habiburrahman El-Shirazy......) 


copy from other side/blog ;



Melalui hebahan media dan pengakuan penulis merangkap penerbitnya, Ustaz Habibur Rahman el-Shirazy mengatakan,
Ketika Cinta Bertasbih(KCB) adalah 100 peratus filem dakwah.”
Pastinya kata-kata sedemikian mengundang reaksi berbeza-beza.
Reaksi para peminatnya yang mula mengerumuni pawagam di serata Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Mesir dan Australia mulai hari ini (11 Jun 2009).
Dan tentunya reaksi orang ramai yang inginkan bukti pernyataan tersebut.
Sejak ‘kegagalan’ filem beliau Ayat-ayat Cinta yang lari dari kehendak beliau melalui novel popularnya Ayat-ayat Cinta itu, KCB lahir hasil sentuhannya sendiri dengan piawaian yang amat dijaga.
Daripada penerbit (beliau sendiri) sehinggalah kepada para pelakonnya, semuanya dipastikan meletakkan Islam sebagai matlamat.
Para pelakon yang diujibakat di sembilan buah bandar besar di Indonesia, dipastikan tepat atau hampir menyamai watak-watak dalam novel KCB.
Bisa membaca al-Quran.
Pernah menganggotai atau berpengalaman dalam organisasi Islam.
Mempunyai watak dan akhlak yang baik.
Tidak hanya para pelakon, produksi KCB dan para pelakonnya telah konsisten menunaikan tahajjud sepanjang penggambaran di Kaherah, Mesir semata-mata mengharapkan hubungan yang baik dengan Allah agar filem dakwah ini benar-benar ber’isi’.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh Kang Abik terhadap filem KCB ini bersama dengan sentuhan sutradara Islamik, Chaerul Umam menunjukkan kesungguhan mereka dalam menghasilkan produk dakwah melalui filem biarpun pesimis masyarakat terhadap filem dakwah dan Islamik masih tebal baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Episod demi episod, terutama tayangan special Ramadhan semakin genting skrg ni, kalau nak tau sinopsis serba sedikit cerita ini, blh cari di blog/laman lain sebagai panduan. 


Apa yg ak harapkan, Azzam tidak akan menduakan isterinya sehingga terjebak ke dalam poligami walaupun Islam itu sendiri membenarkan. Memang lakonan mereka sgt berkesan sehingga membuatkan hati kita turut terasa disakti dan sebagainya. Isteri mana yang rela dimadukan...? Memang tidak ada. Kalau ada pun, dalam sepuluh mungkin ada satu, itupun yang benar-benar solehah... Kalau watak dalam Ayat-Ayat Cinta, mungkinla... Tapi watak Anna dalam cerita nie, pada ak tersangat berkesan, hingga menusuk jiwa.... Oh gitu...


Mmg sukar utk menerima jika suami hendakkan poligami. Pada ak, jika lelaki itu tidak mampu, lebih baik jgn terjebak melainkan mampu dan blh bersikap adil, tapi adakah...? Sukar utk dicari... Hanya Nabi s.a.w yang mampu...


Inilah barisan pelakon yg lakonannya sgt mantap, sgt luarbiasa ;



Nama-nama watak yang terdapat dalam cerita ini juga boleh dijadikan panduan kepada ibubapa yang mahu menamakan anak-anak. Gerenti nama-nama dalam watak ini semuanya mempunyai maksud yang baik. Mudah-mudahan. Wallahua'lam.



Para Pemain sinetron KCB - Ketika cinta bertasbih ;


* Kholidi Ashadil Alam sbg Abdullah Khaerul Azzam
* Oki Setiana Dewi sbg Anna Althafunnisa
* Dude Harlino sbg Ustadz Muhammad Ilyas
* Alice Norin sbg Eliana Parmesthi Alam
* Andi Arsyil Rahman sbg M. Furqon Andi Hasan
* Meyda Sefira sbg Ayatul Husna
Yasmine Wildblood sbg Qanita
* Tsania Marwa sbg Aprillia
* Citra Kirana sbg Vina
* Rahmi Nurulna sbg Lia
* Boy Hamzah sbg Ronald
* Habiburrahman El Shirazy sbg Ustadz Mujab
* Heppy Nurdiansyah sbg Hafez
* Wulandari sbg Erna
* Renny Syahrial sbg Zulfa
* Nabila Chaerunnisa sbg Sarah
14 August 2011

PostHeaderIcon Minat sgt dgn Mia Sara & Lisa Surihani ;

Aku suka betul tgok cita yg dilakonkan oleh si cilik nie, Mia Sara... Sungguh comel, suara serak basah, bijak pulak tue... comel btol dia... Ya Allah, kalau la dpt anak muka secomel dan sepintar dia, alangkah bagusnya. Pun begitu, paras rupa bknla ukuran utk segalanya. Kalau dah sesempurna sifat pun, dh brsyukur sgt. Ciptaan Tuhan itu mmg sgt menakjubkan.

Kadang2 ak rsa teringin sgt nk dukung dak comey, Mia Sara nie, tp sape la ak kan... bknla pelakon pon, lainla Lisa Surihani, huhu so, oleh krn itu, ak nk abadikan potret adik Mia Sara nie dlm blog ak, supaya ble ak nk tgok dia, 
ak leh tgok kat blog sndiri jea... 
Kalo nk tayang vcd cita "Sekali Lagi", mgkin mkn masa... kne tgu cuti...





Personaliti serba sedikit mengenai Adik Mia Sara ;

Nama Penuh : Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan
Tarikh Lahir : Sept 2005
Berasal : Kota Damansara







Mia Sara & Lisa Surihani mmg comey lerrr... Gandingan yg sgt sepadan... 
Mcm ibu & anak...
10 August 2011

PostHeaderIcon Rancangan "Islam Itu Indah" - Perlu Ditonton !!!

Rancangan ini aku tonton sejak 2,3 hari yang lepas, aku balik awal, selepas menonton sinetron "Ketika Cinta Bertasbih", rancangan "Islam Itu Indah" pula yang menyusul. MasyaAllah rancangan ini sebetulnya sangat bagus untuk dipertontonkan. Sayangnya, ia adalah rancangan dari negara seberang, sekiranya di negara kita ada rancangan sebegitu, alangkah bagusnya. 

Pun begitu, rancangan "Semanis Kurma" juga tidak kurang hebatnya. Namun, yang harus dipuji cara penyampaian penceramah terbabit dan kelainan yang dipertontonkan. Dalam berdakwah, method yang digunakan adalah dengan cara berjenaka di awalnya, kemudian memberikan kesan dengan menyentuh hati pendengar dan para penonton di akhir rancangan. 

Ustaz Muhammad Nur Maulana berjaya menyampaikan ceramah beliau dengan ringkas, padat dan tepat. Sesiapa yang menonton sekali pasti ingin menontonnya lagi. Rancangan/program ini turut menonjolkan kelainan dengan adanya jemputan di kalangan artis dan mereka turut tersentuh hati dan mengalirkan airmata. 

Program seperti inilah sepatutnya diperbanyakkan dan hiburan harus dikurangkan. Moga kita semua dapat jadikan rancangan sebegini sebagai rancangan kegemaran dan tidak mahu ketinggalannya. Jom kita sama-sama sorakkan tagline rancangan ini iaitu ;

Jama'ah ooooohhhhhhhh Jama'ah !
Iye....
Alhamdulillah...



Apalagi, carila rancangan ini di youtube, cuba tonton satu episod, gerenti nak tengok lagi. Mesi cuba !

PostHeaderIcon < Lega Dapat Mimpikan Miya >

Aku mimpikan Miya, aku terserempak dengan dia di masjid, dia bertelekung putih, duduk dibahagian belakang, bila aku toleh, aku bertanyakan sesuatu, dia tidak menjawab sebaliknya hanya melemparkan senyuman, kemudian dia terus berlalu....

Selepas itu aku sedar, dari mimpi tadi, cepat-cepat aku bacakan Al-Fatihah buat arwah, aku sgt rindukan Miya, semoga dia tenang berada di sana dan setia menanti aku berada di sana juga suatu saat nanti... itu pasti !
06 August 2011

PostHeaderIcon Jom Diet di Bulan Ramadhan 2011 !!!

Semalam ak cuti. Bukan Cuti Rehat tapi "EL". Abes nk wt cmne, dh sakit kan. Hari nie, dah ok sbb ayah ak paksa mkn "Habbatus Sauda"... Mmg sgt brkesan, wlaupon d paksa tp ianya berbaloi-baloi.

D Sebabkan ak sakit semalam, ak tdo sepuasnya. Bila dh x blh tdo, mulala ak round2 satu umah mncarik apa yg ptot, tetiba ak trnampak sebuah buku yg tajuknya menarik perhatian ak. Terfikir juga, sape yg beli buku nie ek, hurmmmm x ksahla sape pon, janji ak nk baca. Nak tau buku apa....? hehehe sila lihat d bawah ;


Menarik bukan??? Menarik utk org yg nak berdiet mcm ak la, org yg dh kurus, bg diorg mgkin x menarik. Ain Maisarah??? Sape tak kenal beb. Penuli Buku/Novel Remaja yang sangat terkenal. So, tnpa membuang masa, ak pown menelaah buku trsebut. Setengah jam jgkla ak nk abeskan baca. Tolak campur dgn sambil berSMS dgn "Te Amo" kan. Hehehehe.

Memandangkan ak bru jea update status kat FB ; <Nak Pulun Diet Kembali>, sesuai sgtla ak baca buku tue kan, yelah mana tau dpt info yg blh ak ikuti. So, baca punya baca, apa yg blh ak rumuskan disini ;

* Nak berdiet biarlah secara sederhana.
Dlm buku tue mnceritakan pengalaman projek diet Kak Ain Maisarah dlm pelbagai cara, tp ada jgk yg gagal dan ada yg sukar utk d praktikkan. Antara projek tersebut ialah ;
1. Diet Lemon
2. Cuba Bersenam (guna peralatan OSIM kot, huhu mahal, ak mmg x mampu)
3. Diet Menjauhi Nasi
Kalo korang nk tau lebey lanjut, korang bolehla berkunjung ke "Rumah Pink Ain Maisarah" - www.ainmaisarah.com

Sebenarnya projek Menjauhi Nasi tue ak sndiri prnah try, mmg brkesan, kira berjaya jgkla menguruskan badan tp x lama, x kekal sbb ak x konsisten so x blh nk maintain. Susah jgkla ble kta menjauhi nasi, ble dtg tmpat org, org jamu nasi, ko nk kata ko x mkn nasi ke? wt malu jea, sah2 org tau ko nk diet, kekadang ada org pndang serong kan, so mmg ssah n byk dugaannya. Dan, bila berbulan kta x mkn nasi, sekali dpt mkn, adui lupa kiri kanan, x pndang org lgsung, siap bertambah lg, kan bahaya tue namanya.

Sebenarnya badan ak nie, turun naik, mcm pantai jgk, ada pasang surut, kejap org jmpa ak kurus, kejap berisi ckit, kejap gemuk gler.... S.T.R.E.S.S sbenarnya ble d pk kan tp apa nk bt, silap ak jgk, x pndai mengatur cara pemakanan. Masa nak naikkan badan, punyala senang, makan je dua ari berturut2 tnpa henti, g timbang, cpt je naik 2,3 kilo. Tp, ble nk turunkan berat bdan, kekadang 2 kilo pon susah. Mcm ak, ak kne ada org paksa ak diet.

Masalahnya, "Te Amo" ak niey, baik bebenor, dia xde lak komplen bdan ak naik ke apa, kalo dia sakat ak pown, lg dia bg ak melantak lg, ak kata x nk mkn, lg dia g order mkanan sdap, kalo dlm keta, dia siap lalukan makanan tue dpan mata ak, kalo dh terbau, takkan nk tgok kan, apa lg, bismillah la ak jwab nya, ble dh kenyang, tgok makanan, bru rsa mnyesal, mula la merungut, kalo la ak brsabar ckit, hurmmmm yg "Te Amo" pulak, gelak smpai mcm nk berguling bler dia brjaya kenakan ak, cmne ak nk kurus, tp x blh salahkan dia jgk, kira dia x memilih, tue pown dh ckup baik, kena llaki lain??? dh mandi airmata la ak ne... huhuhu.

Sebelom ak share dgn korang apa yg ak dpt dlm buku tue, ak nk ceritakan ckitla pengalaman ak mnjadi "ORG KURUS" dan "ORG GEMUK". Mmg best sebenarnya bile dpt mengulit kenangan tue, tp sedih pown ada jgkla. At least, ak dpt rsa, ak ada pengalaman tue, kowang ada...? hahahaha.
Dulu, masa zaman persekolahan, mmg ak kurus la, mkn byk pown, badan ak still kurus, tapi start ak msuk kolej, badan ak mula naik, sikit demi sikit, kejap kurus, kejap berisi, bler dh keja, trus jdi gemuk, uwaaaaaa mmg tersgt la sedih, sbb apa ek? sbb ak dok kat umah, umi masak sedap2, mau tak nya ak jdi gemuk, ak pulak x pndai control mkn masa tue, ak pown mulala mencari alternatif, mencuba pelbagai ubat smpai abes duit beratus, badan x jgk kurus, masa tue, Hanya Tuhan Saja Yang Tahu.... Adui tersangatla seksanya.

Sehinggala ak brjumpa dgn "kakak angkat" ak yg juga merupakan jiran umi ku, dtg dri seberang, dia la tlg promote sejenis ubat, yg senang aje d mkn, berbentuk pil, dlm masa 3/4 bln, ak brjaya menguruskan badan sehingga kehilangan hampir 30kg... dripada lebey krg 85 kg turun sehingga 58 kg.... tue ble ak timbangla... saiz XXL/XL bertukar ke saiz M, dan ada jgk saiz S, yg ak blh pakai, byk tuuuuuuuuuu... tp mmg terkena jgkla ak ngan harga nya, smpai duit ak berabes "Ringgit Malaysia : Satu Ribu Ringgit".... bkn sikit lorrrr... Masa bdan ak gemuk, ak mmg kurang bergaya, jdi lebih byk simpan duit, baju pown pakai yg mana ada, yelah nk g kedai, pilih saiz, malu, so mmg x membeli sgt, masa tue, seribu ringgit pon ak sgup keluarkan.

Makan Punya Makan ubat tue, smpai kawan2 opis ak pown trperasan, ak brjaya menguruskan badan, ramaila yg bertanya tips dan sebagainya. Sampaila suatu ari, ak sakit perot, masa tue ak bru je stop mkn ubat tue, sakit yg teramat sgt, smpai ak g 3 klinik dalm masa 1 ari, dan smpai ak amek MC 2 ari, siap g Hospital (Tempat yg plg ak x suka pegi)... arghhhhh deritanya sakit tu, smpai rsa ada benda brgerak dlm perut, mujur la lepas g Hospital, mkn ubat, ak trus baik, tp kadang2 dtg jgkla rsa sakit tue. Lepas dri tue, umi x kasi ak mkn lg ubat tue, ak pon x heran sgtla sbb tgl berapa biji pown. So, start dri tue, badan ak mula naik balik. Bulan pose, ak try diet blik, trunla ckit tp mcm biasa, ianya x kekal sbb ak sll x setia berdiet. Sebenarnya, tanpa ubat pown, kta leh kurus, ubat tu cuma mengawal tekak ak mkn berlebihan, lepas tue dia membuang sisa makanan, sbb tue leh kurus cepat. Tapi kalo dh ada kesan sampingan, buat apalah kta nk membahayakan diri. Ada kwn ak ckp, ubat tue, ada org mkn smpai kena sakit buah pinggang. Adui seram sejuk bler dengar.

Kalo masa tgh tekad nk berdiet, mmg ak sanggupla ikat perut, x sentuh makanan berlemak, berminyak, tp boleh tahan berapa lama? sebulan dua bulan jelah kot, lepas tu bantai balik apa saja yg dtg depan mata.

Hari ne, ak dh tekad, ak tetap nk berdiet kembali. Memandangkan bile ak tgok gmbar ak brtunang baru2 niey, tersangatla tembam, mcm d pam2 kembangnya... hahahahhaha... kutuk diri sendiri nampak, so ak sebulat ati, berazam utk mengamalkan DIET SEIMBANG SECARA BERTERUSAN. Yeah !!!

Bunyi mcm poyo je kan, lantakla, ne blog ak, sesuka ati ak la kan nk kata apapon, janji, ak dh tekad ne, ak tetap nak dptkan saiz M semula, dan sekurang2 nya berat badan ideal 58 kg... Ooooohhhh susahnya, tapi ak akan berusaha keras sebelum menjelangnya bln 6 nie.

So, tanpa membuang masa, ak nk share dgn korang sume apa yg ak dpt from entri Kak Ain Maisarah dan dari buku projek diet dia ;

* Kita perlukan sekurang - kurangnya 2100 kalori sehari & paling maksimum 2300 kalori. Apa itu Kalori? hehehehehe mintalah bantuan "Pakcik Google" yea.

* Kita perlu mengawal berat badan dengan tidak terlebih ambil kalori yang sepatutnya.

* Jaga pemakanan dari awal, amalkan gaya pemakanan sihat.

So, utk teruskan misi berdiet ak ne, apa yg dikatakan oleh Kak Ain Maisarah mmg betol, sebenarnya berdiet perlu dilakukan secara sederhana, pelan-pelan tapi berhasil, kalo nk cepat, lepas tue memudaratkan diri pon, apa gunanya. 

Jadi, secara kesimpulannya, utk berdiet secara seimbang, kita perlu ;

* Tahu panduan kalori makanan. Ingat, jgn lebih 2300 kalori dlm sehari. 
* Apa yg ak dpt dari ikuti Seminar awl tahun dulu, Dr. Fadzilah Kamsah bgtau, kita sebenarnya kena makan buah dulu sebelum menjamah nasi/makanan berat yg lain. Jadi, dgn cara begitu, makanan lebih mudah dihadam. Tapi, lazimnya kat Msia ne, jadikan buah sbg pencuci mulut, mkn selepasa mkn benda berat.
* Transform Cara Makan. Apa itu Transform??? Sebenarnya, ia adala singkatan kpd perkataan "TRANSFORMASI" bermaksud PERUBAHAN ke arah kebaikan.So, kenala transform cara kta makan, jgn ikotkan sgt kehendak tekak, sesekali mgkin takpe, tp kena pandai kawal.

So, utk rakan2 / pembaca yg sama2 berazam mcm ak, nk berdiet, jom ikuti menu yg sudah pon ak praktikkan pagi tadi. Isnin ne, ak nk g Klinik Ruby, bawah opis, ak nk timbang, berapa berat ak skg, sko senangla nk pantau turun naik semasa proses berdiet ne. Harap-harap berjayalah kan, janganla hangat-hangat tahi ayam je, mula2 rajin pastu ntah ke mana. Apa yg penting, USAHA & SABAR !!!

Menu untuk Waktu Sahur ;
# 1 cawan susu (rendah lemak) + 1 sudu kecil gula
# 3 biji kurma
# Nasi putih (1 1/2 cawan)
# 2 1/2 sudu makan lauk/kuah
# 2 1/2 sudu makan sayur-sayuran
# Air Kosong

Menu untuk Waktu Berbuka ;
# 1 mangkuk (sederhana) mi/mihun hailam/sup dgn udang, ayam, sawi dan tauge
# atau 1 1/2 cawan nasi
# 1 ekor (sederhana) ikan
# 1/2 cawan sayur-sayuran
# 1 biji kurma
# Air Kosong
# Sepotong buah-buahan

Ya Allah, kuatkanlah keazamanku utk berdiet, capaikanla impianku. Amin. Hehehe. Yang penting, kta kena pasang niat dgn betul, bkn sekadar nak cantik, tp juga utk amalkan gaya pemakanan yg sihat agar mudah beribadat terutama d bulan puasa. InsyaAllah. Diet seimbang ini akan ak teruskan sehingga ke selepas bln puasa, cumanya menu akan berubah sedikit. Akan ak kongsikan d entri yg lain. Nantikan saja yea, sehingga bertemu lagi. Selamat berdiet utk anda yg sma2 berniat utk "kuruskan badan".

Pesanan buat yg dah kurus, jgn ngada2 yea nk berdiet jgk, cuma maintainkan gaya pemakanan yg sihat. Ibu mengandung x blh try cara diet ak nie yea, bahaya utk nyawa lg sorang tue. Okaylah guys, chow dlu yea. Jumpa lagi d entri yg lain. Bubye All. Assalamualaikum.



05 August 2011

PostHeaderIcon .: Senarai Semak Perkahwinan :.

Senarai semak nie ak dpt frm Majalah Pengantin, just nk share dan adaptasi ke dlm Blog ak niey supaya senang ak nk buat rujukan, x pyah selak mjalah lg 4 da next time ;


Dlm Majalah Pengantin tue ckp ; Senarai Semak niey penting, dan sebagai "bakal pengantin", kta patut mempunyai sistem khas utk menyimpan segala rekod perancangan majlis/resepsi. Mgkin memenatkan ckit sbb nk kne create da system, tp ianya sgt berbaloi sbb sistem ini akan memudahkan kta dlm byk perkara. So, lets do da system... Selamat Mencuba !!!






12 Bulan Sebelum
* Berbincang Tarikh & Waktu Bernikah
* Mengatur Bajet  samada Rendah/Sederhana/Mewah
* Meneliti Lokasi Majlis samada Hotel/Dewan/Rumah
* Merancang Jamuan samada Berhidang/Bufet


11 Bulan Sebelum
* Kursus Kahwin Bersama Pasangan
* Intai-intai Pakaian Perkahwinan
* Mula Membeli Barang-Barang Hantaran


10 Bulan Sebelum
* Memilih Pengapit ; Di Kalangan Rakan / Saudara Mara
* Merancang Warna Tema Perkahwinan


9 Bulan Sebelum
* Mengumpul Nama Tetamu
* Pilih Katering / Masak Sendiri
* Pilih Jurufoto dan Juruvideo


8 Bulan Sebelum
* Menetapkan Jumlah Tetamu 
* Menyelesaikan Segala Temu Janji Dengan Doktor


7 Bulan Sebelum
* Menentukan Pakaian Perkahwinan & Aksesori
* Memilih Jurusolek


6 Bulan Sebelum
* Mula Menempah Kad Kahwin
* Menghubungi Kadi Dan Pejabat Agama
* Menjalani Pemeriksaan Kesihatan


5 Bulan Sebelum
* Menyelesaikan Semua Urusan Persandingan (Bayar Deposit)
* Pilih Dan Tentukan Semua Kelengkapan Majlis (Kek, Undangan, Bunga Pegang, Penghias Majlis)
* Menempah Cenderahati / Buat Sendiri


4 Bulan Sebelum
* Pilih Cincin Kahwin
* Menyiapkan Gubahan Hantaran samada Tempah / Buat Sendiri


3 Bulan Sebelum
* Memastikan Kelengkapan P.A Sistem (Termasuk Deejay, Iringan Lagu dsb)
* Mengaturkan Penginapan bagi saudara mara dan rakat terdekat yang datang dari jauh


2 Bulan Sebelum
* Menulis Dan Mengutus Kad Perkahwinan Kepada Tetamu
* Bersama Bakal Pasangan Menyendang Pakaian


1 Bulan Sebelum
* Membuat Rawatan (Mandi Bunga, Susu dan Sauna)
* Pastikan Segala Tempahan Berjalan Dengan Lancar
* Pastikan Aksesori (Barang Kemas, Layah, Tiara, Kasut) Sudah Tersedia


1 Minggu Sebelum
* Meneliti Perancangan
* Menyelesaikan Semua Urusan Kerja Sebelum Cuti
* Hindari Konflik dan Tenangkan Hati


Di Hari Perkawinan
* Pastikan Mengisi Perut Terlebih Dahulu Agar Tidak Kelaparan
* Berdoa Agar Segala Perancangan Berjalan Dengan Lancar

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.