Rakan Blogger ;

17 April 2011

PostHeaderIcon Lawatan Kerja Paling Best !

11 - 15 April 2011


Setelah hampir 5 tahun aku bekerja, lawatan kerja ke Sarawak nila yg paling best sekali. Memang aku jakun sbb belum pernah smpai ke Sarawak namun bkn krn itu sbenarnya yg aku rsakan ianya ter"best".


"Sayang Sarawak !!! "


Tapi aku "happy" tgok life style org2 sarawak, sangat peramah, sgt periang, sgt jujur dan telus dalam melaksanakan kerja. Belum pernah aku lihat semangat sebegitu dimana-mana. Mereka tdk kira pangkat dan kedudukan, semuanya brsatu dlm melaksanakan keja. Cuma, yg buat aku rsa janggal, apabila smpai di daerah itu, aku trpaksa mngikut arahan atasan, yg mana kebetulan aku pegi dgn CEO, kne bersalaman dgn sume org, xkira llaki perempuan, tua muda, huhu... Aku mna prnah bersalam dgn org sebarangan, bnda tu ckitla menjanggalkan aku tapi aku trpaksa jgk buat bila diorg dh hulur tangan. Tapi, its ok lah, dah keja sebegini, kta trpaksa akur jua dgn keadaan sbegitu. 





Hari prtama aku naik bot, ada sdikit rsa trseksa, rsa krg selesa, skit bontot, pinggang, sumelah ada tp aku diam jelah, x kan nk ckp byk, mana blh... huhu... Then, setibanya di Pulau Bruit, kedatangan kami disambut mesra. Paling seronok apabila mereka tdak prnah mengeluh apatah rsa jemu dlm melayan kami. Best jgk dpt brkenalan dgn rakan sekerja dri Negeri lain. hehehe. Org swak mmg trkenal dgn keramahan nya. 




Hari ke3 aku di Swak, kami pulang semula ke Sibu utk membuat lawatan ke Rumah-rumah PBR :: bermaksud, rumah yg GM perbaiki. Dapatlah aku pengalaman cara bermesra dgn rakyat tempatan, kita masuk rumah org, cara bertanyakan khabar, brtegur sapa, beramah mesra, dsb. Kemudian, kami sempat ke daerah Tg. Manis, yg mana ianya berdekatan dgn 3 daerah di atas, "Rejang - Jerijeh - Belawai"... Perjalanan dari Sibu utk ke sna memakan masa lbih kurang 2 jam setengah. Kami pergi menaiki 2 buah kereta Pegawai Penyelaras/Pengurus Pusat GM Swak.





Masa di Sibu, kami stay di Hotel Tanahmas. Aku share bilik dgn "my big boss- merangkap ceo". Huhu mula-mula tue janggal jgk tp bler aku tgok dia layan aku mcm kawan2, aku ada rsa selesa ckit. Cuma, aku msih pertahankan kebatasan yg prlu ak patuhi. Boss is still Boss. Sepatutnya aku cuma pegi 3 ari tp d sbb kan last minutes dpt tahu, yg program d tunda pda trikh lain, trpaksa la stay lbih lama - seminggu. Huhuhu... Tapi takpe, terasa best jgk sbb nya dpt kenal org Kg. Bruit lbih lama, dpt dalami "life style" diorg mcm mana. At least dpt pelajari cara-cara buat "Sesar Unjur" dan lawat GM Tg. Manis. Kalau balik awl, mgkin x dpt rasa sume tue. Kalau ada peluang lagi, aku mgkin takkan rsa serik utk pegi lg. Hehehehe..... kalo negeri lain dlu, aku akan serik ataupon, cukuplah sekali je, tapi kalau Swak, lagi2 di Sibu, aku takkan serik wlaupon kne stay d pndalaman kg lgi. Yeah !!!
16 April 2011

PostHeaderIcon Sesar Unjur ~ Sarawak


Pengalaman yang paling best bila aku ke Pulau Bruit dan Belawai, aku dapat kenali sejenis makanan yang dikenali sebagai "Sesar Unjur". Kami sempat meninjau Tempat Pemprosesan "Sesar Unjur" tersebut iaitu di Belawai, selepas melawat 2 buah rumah PBR dan GM Tg. Manis.

Memang sedap sgt "Sesar Unjur" niey, paling sdap masa kami makan betul2 lpas diorang angkat, masih panas dan sgt "fresh". Hurmmmm terliur rsa ble teringat.






Sedikit pengenalan, silalah baca kalo nak tahu lebih lanjut ;


Sesar Unjur bermaksud Udang Kering dalam Bahasa Sarawak. Sesar Unjur merupakan produk yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wanita di Kampung Belawai dan juga Kampung Bruit.

Bahan asas yang diperlukan dalam penyediaan Sesar Unjur adalah 100% isi udang merah dan ia tidak memerlukan bahan perasa lain. Itulah keunikan sesar unjur.

Penyediaan Sesar Unjur adalah memakan masa lebih kurang 8 jam kerana ia perlu menjalani beberapa proses tertentu termasuklah Proses Membuang Kulit, Membersih, Menyusun dan seterusnya mengasap.
Tapi harganya memang mahal. Sesar Unjur boleh didapati dalam lingkungan harga RM60 hingga RM100 untuk setiap 1 Kilogram.






Untuk menghasilkan 1 kg sesar unjur memerlukan lebih kurang 10kg hingga 13kg udang basah.





Langkah-langkah penyediaan 'Sesar Unjur'

1. Udang Merah atau Udang Putih dibuang kulit kerana kita cuma menggunakan isi udang untuk menghasilkan sesar unjur.

2. Isi Udang tadi di cuci berkali-kali lebih kurang tiga ke lima kali dengan menggunakan air bersih untuk memastikan tiada pasir atau kotoran lain melekat pada isi udang.

3. Isi Udang yang telah bersih disusun ditempat khas yang dipanggil 'Kilak'. Udang tersebut disusun lurus.

4. Kemudian proses mengasap yang memakan masa lebih kurang lima jam sebelum sesar unjur tersebut betul betul kering dan sedia di makan.

PostHeaderIcon Pulau Bruit, Sarawak

3 hari di Pulau Bruit memang menggamit kenangan terindah. Walaupon kami terpaksa menaiki Bot dengan memakan masa 2 jam setengah dari Sibu, namun dek kerana aku sukakan "adventure", aku redahi jua. Best gilak, 1st time naik Bot, kamik sukak... haha. Betol ke cara aku cakap niey, hehehe hentam saje lah, janji ada bunyi. Hurmmm aku dok sna, seminggu, ak dh fham ckit2 cara diorg ckp cuma aku nk cakap, aku x reti. So, silap besarlah kalo diorg nk ngumpat, aku fham benor ha... hehehe... tapi org2 sna baik2, mna ada kutuk2 org, diorg sll senyum dan tertawa wlupon stelah penat bekerja.










Setibanya aku di kepulauan Bruit, aku dikhabarkan d sna, tiada air, terlintas di kotak pemikiran ku dikala itu, adui cmne aku nak mandi, nak buang air, kalau dh takde air, rupanya bkn lah takde lgsung tapi diorg d sna, menadah air hujan, tiada saluran air paip.



Sebenarnya, Pulau Bruit ini memang mempunyai potensi dimajukan sebagai tarikan pelancong, ini krana kedudukan pulau dan keluasannya. Namun, disebabkan Pulau Bruit jauh ketinggalan dari segi pembangunan, pulau tersebut tidak begitu dikenali mcm Langkawi dan Pulau Pangkor.



Pulau Bruit berada dalam Daerah Daro, Mukah Sarawak - suatu ujian ketahanan mental dan fizikal apabila menjelajahi kepulauan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan namun ianya tdak mematahkan semangat kami utk meneruskan Program yang telah disusun.


Tambahan lagi, bila aku melihat keteguhan dan semangat sepasukan warga kerja GM Swak, keadaan d situ langsung tdak aku rsakan susah dan payah malah aku rsakan ianya suatu pengalaman yg berharga. 






Pada awalnya, aku sangkakan Pulau Bruit nie, kecik je tapi sebenarnya, terdapat 13 buah kampung yg ada di sekitarnya dan mempunyai lebih kurang 8,000 jumlah penduduk. Wow, jumlah yg agak besar jgk kan. So, memang layak sebenarnya, dlm era zaman kini, Pulau Bruit perlu dimajukan, spt adanya kemudahan saluran air dan jalanraya. Uniknya di sini, tiada Balai Polis pon, yelah kata pnduduk kg, kalau ada pencuri pon, sempat kejar lagi. Nak lari ke mana pon, semuanya menggunakan pengangkutan spt Motosikal, Basikal dan Bot. Sgt "adventure" kan, kalau org lain ke sini, yg tak biasa hdup susah, mungkin diorg akan serik tapi aku, kalau ditanya, dan ditawarkan lagi nak pergi ke tak, jwapan ringkas yg aku akan jawab, "Mestilah NAK !" Hehehehehe....

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.