Rakan Blogger ;

23 January 2011

PostHeaderIcon Ada Apa Pada Nama Huruf Pertama


A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
22 January 2011

PostHeaderIcon Kerabu Telur Dadar


Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam, didadar
7 tangkai cili merah, ditumbuk
1 mangkuk pati santan
3 camca teh air limau nipis
Garam secukupnya
1 ikat daun kesum, dihiris
2 batang bunga kantan, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 sm halia, dihiris
5 helai daun purut, dihiris
Cara:
Telur dadar dihiris halus-halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan hiris, air limau nipis dan garam. Gaul hingga sebati.

PostHeaderIcon Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan-Bahan:
2 ekor ikan patin
sebiji timun masak bersaiz kecil
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak - ikut suka
sedikit daun kesum
1 inci kunyit
daun kunyit
serbuk perasa - jika suka
garam
Cara:
1.Tumbuk cili padi,bawang dan kunyit hidup.
2. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk.Tambahkan asam tempoyak.
3. Bubuh sedikit air,kacau pekat.
4. Masukkan timun masak dan bubuh air sehingga menutupi timun.
5. Didihkan.
6. Apabila telah mendidih,masukkan ikan,daun kesum dan sedikit daun kunyit.
7. Tambah air dan tunggu hingga ikan masak.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belimbing hitam ala pahang.

PostHeaderIcon Char Kue Teow


Bahan-Bahan:
1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (Byk pon tak per)
1 Sudu Cili (Boh @ Giling) 
1 Genggam Keow Teow(Pilih paling halus)
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai
Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Udang + Bawang + KeowTeow + Cili pastu kacau selama 10saat
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api) 

PostHeaderIcon Bee Hoon Sup


Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

PostHeaderIcon Puding Roti


Bahan-Bahan:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur
Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

PostHeaderIcon Chicken Chop


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.
21 January 2011

PostHeaderIcon 23 Tanda Lelaki - CINTA







Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah : 

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap. 

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

PostHeaderIcon Sejenak ke Alam Rumahtangga





Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja
20 January 2011

PostHeaderIcon Gugusan Rindu


Bab I

Hari itu seperti biasa, tatkala jam menunjukkan tepat 5.45 petang, jantungku akan berdegup kencang mengingati detik-detik yang pernah ku lalui suatu ketika dulu. Kebiasaannya, pada waktu begini aku sedang berkemas-kemas bergegas untuk pulang selepas waktu kerja. Telefon bimbitku jua tidak putus-putus berdering. Kadangkala tingkahku bagaikan “lipas kudung”. Dan, kerana itu, ianya menjadi perhatian dan mencuit hati rakan-rakan sekerjaku terutama Alya dan Firuz. Mereka pasti akan ketawa berdekah-dekah nila mana melihatkan keadaanku yang kelam kabut itu. Namun, usikan dan ejekan mereka tidak pernah ku ambil pusing. Kerna, bagiku tika itu yang penting adalah untuk tidak membuatkan kekasihku, Syafiq Amzar tertungu-tunggu. Aku mahu kedatanganku setiap kali ke keretanya disambut dengan senyuman manisnya yang sentiasa terukir di bibir.

Dam! Bunyi fail yang jatuh dari atas mejaku membuatkan aku tersentak. Aku merenung pada fail yang terjatuh itu. Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Ah! Ternyata aku berkhayal lagi. Semuanya memang cuma tinggal kenangan dan sememangnya menimbulkan sejuta persoalan. Sudah 6 bulan berlalu, namun khabar berita tentang Syafiq Amzar belum jua ku terima. Kehilangannya secara tiba-tiba menjadi tanda Tanya. Acap kali aku cuba untuk melupakan dirinya tetapi aku belum mampu untuk mengusir bayangannya dari pandangan mayaku. Dan, setiap kali aku mengingati dirinya, hatiku bagaikan dihiris-hiris. Sedih. Kecewa. Pilu. Marah. Semuanya sudah bercampur aduk. Kiriman e-mel dariku setiap hari dibiarkan sepi. Tidak lagi berbalas seperti 3 bulan awal pemergiannya ke daerah itu.

Masih ku ingat petang itu, 9 bulan yang lepas, sebelum Syafiq Amzar meninggalkan ku untuk berhijrah ke salah satu daerah yang terpencil yang terletak di Negeri Sabah. Petang itu, petang Jumaat, seperti biasa, Syafiq Amzar sudah menungguku di dalam kereta miliknya, Proton Gen 2 berwarna putih. Pada hari itu jualah hari terakhir, aku mendengar Alya dan Firuz mengusik dan mentertawakan ku.

“Oit! Sha! Afiq dah sampai ke hah…?” jerit Alya sejurus selepas melihat aku bercakap dalam telefon.
“Alah kau ni Alya, kalau dah bunyi telefon time ni, faham-faham lah. Buat-buat tanya pulak kau ni ye…” jawab Firuz lantang sambil memandang ke arahku.
“Aku memang tahu pun, saja tanya je, manalah tahu kan kot-kot hari ni Cik Nur Afina Delisha kawan kita ni dapat panggilan dari orang lain. Apa kau ingat Afiq je ke yang call dia….?” balas Alya sambil berjalan menghampiriku.
“Habis tu kau tak tengok ke yang Sha tengah buat “sesi kebersihan” lepas jawab call tadi….? Kali ni Firuz pulak yang datang menghampiri kami. Sambil memegang beg tanganku yang terletak di atas meja,
“Alya, kau tengoklah ni, dengan beg dah letak atas meja, dengan minah ni dah mula berbedak, bermekap, siap sembur perfume sampai tersumbat hidung semua orang kat Office ni, kau rasa ada putera lain ke yang datang jemput dia selain si Afiq tu….?” sambung Firuz dengan nada sindiran. Aku dan Alya yang mendengar terus tertawa.

Ring!Ring!Ring!
Telefon bimbit ku berdering lagi. Aku menoleh pada Alya. Ku lihat pada skrin. Tertera nama “Abangku Sayang” yang telah ku set untuk panggilan Syafiq Amzar.

“Alamak…. Aku dah lambat ni, kauorang punya pasal lah ni, tak habis-habis nak menyibuk……” rungutku sambil mengutip barang-barang make-up ku di atas meja dan memasukkan ke dalam beg.

“Hish kau ni pun bersiap lambat sangat. Jawab jelah call Afiq tu bagitahu kau tengah tunggu lif……” saran Alya sambil menahan gelak.
“Tak sempat dah ni, kang aku balik kena sembur, dah…..ketepi sikit, aku nak pakai kasut ni……” jawabku sambil megenakan kasut dengan tergesa-gesa.
Alya dan Firuz memandangku sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Beg tangan di atas meja ku tarik pantas dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua sambil melambaikan tangan ke arah mereka.
“Bye….” ucapku ringkas.
“Hurmmm… yelah, bye…. Jumpa Isnin ni….” jawab Alya sambil menuju ke arah tempat duduknya kembali. Firuz hanya memerhatikanku sambil tersenyum.

*** ***
Kereta milik Syafiq Amzar ku lihat dari jauh. Ianya betul-betul berada di hadapan Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Iaitu, tempatku bekerja. Dengan langkah laju aku menuju ke kereta tersebut. Ku lihat wajah Syafiq Amzar murung. Tidak seperti selalu. Kedatanganku jua tidak bersambut. Pintu Proton Gen 2 itu ku buka perlahan. Syafiq Amzar masih memandang bahagian depan. Tidak langsung menoleh ke arahku. Dengan langkah longlai, aku masuk melabuhkan punggung ke dalam ruangan Proton Gen 2 itu.

“Assalamualaikum….” sapaku ringkas. Syafiq Amzar masih merenung jauh. Tangannya ku lihat memegang kejap pada stereng.
“Abang……” ku cuba memanggilnya. Kali ini, Syafiq Amzar tersentak.
“Waalaikumsalam……” jawabnya perlahan. Segera handbreak diturunkan dan terus menderum meninggalkan perkarangan bangunan itu.
“Kita nak pergi mana ni….?” Sapaan Syafiq Amzar tiba-tiba mengejutkanku. Sejak tadi kami berdua hanya membisu. Hanya suara dari corong radio yang kedengaran.
“Abang nampak letih je, macam ada masalah. Dari tadi Fina tengok Abang lain sangat hari ni tapi Fina takut nak tegur, kita balik jelah….” jawabku perlahan. Syafiq Amzar terus menoleh ke arahku dengan renungan tepat. Kemudian, dia memandang semula ke bahagian hadapan.
“Kita makan dulu. Ada benda yang Abang nak bincangkan……” ujar Syafiq Amzar tegas.
Proton Gen 2 milik Syafiq Amzar terus dipandu laju menuju ke arah Kepong.
“Yes! Mesti nak makan kaki ayam ni…..” bicaraku dalam hati. Senyuman yang terukir di bibirku membuatkan Syafiq Amzar sekali lagi menoleh ke arahku. Bahuku dipaut menghampirinya. Tangan kiri ku ditarik melingkari perutnya. Kepalaku diletakkan ke atas dadanya dan di usap perlahan.
“Abang pasti akan rindukan senyuman sayang ni……” bisik Syafiq Amzar perlahan. Bingkas aku bangun.
“Hei kenapa sayang ni, nasib baik tak terbabas……” Syafiq Amzar kelam kabut membetulkan stereng.
“Yelah…. Abang ni, kenapa tiba-tiba cakap macam tu, macam nak pergi jauh je…..” bicaraku lemah. Seakan merajuk. Syafiq Amzar tersenyum mendengarkan kata-kataku. Bahuku di paut sekali lagi. Dia tidak menjawab. Tetapi terus memandu kereta menuju ke arah sebuah Restoran.

*** ***
Setibanya di Restoran, sambil memimpin tanganku, Syafiq Amzar memilih tempat duduk di bahagian belakang sekali di sebelah hujung. Sepertinya dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualan kami nanti.
Sejurus melabuhkan punggung, Syafiq Amzar memandang tepat ke arahku.
“Sayang….. kita kahwin malam ni nak…?” bicara Syafiq Amzar sungguh-sungguh sambil memegang erat tanganku.
Wajah Syafiq Amzar ku renung sepi. Mataku dan matanya saling berbalas renungan.

“Abang, jangan main-main soal ni boleh tak…? Fina tak suka…..” jawabku sambil menjeling tajam.

Aku mendengar Syafiq Amzar mengeluh kecil. Genggaman tanganku dilepas perlahan. Lantas tangannya laju mencapai kotak rokok di atas meja. Dihidupkan api. Kemudian dinyalakan pada hujung putung rokok yang sudah pun berada di bibir Syafiq Amzar. Sesaat sahaja Syafiq Amzar sudah menghembuskan asap yang keluar dari mulutnya. Ku lihat tangan kiri Syafiq Amzar melambai ke arah salah seorang pelayan restoran.

“Nak makan apa, order lah. Abang tak ada selera nak makan…..” bicara Syafiq Amzar membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke arah pelayan itu. Rasa malu ku tahan.
“Kerabu kaki ayam dengan teh ‘o’ limau suam ye dik….”
“Aik, takkan makan tu je, boleh kenyang…..? tanya Syafiq Amzar. Aku mengangguk perlahan. Dalam hati, aku menahan geram.
“itu sajakah….?” tanya pelayan restoran itu selepas beberapa minit menunggu.
“Cepatlah….. nak order apa lagi ni….? soal Syafiq Amzar lagi. Kali ini nadanya sedikit tegas.
“Ikut abang lah…..” suaraku sedikit bergetar. Syafiq Amzar merenungku tajam. Kemudian, pandangannya beralih ke arah pelayan tersebut. Dia memesan “Mee Goreng” untukku dan “Nasi Goreng USA” untuk dirinya. Pelayan itu mengangguk dan berlalu.

Selang beberapa minit, makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja. Ku lihat Syafiq Amzar begitu selera menikmati hidangan petang itu. Sedangkan aku dibiarkan melayan perasaan sendiri yang masih termangu dengan persoalan yang baru saja Syafiq Amzar timbulkan.

Sememangnya Syafiq Amzar bukanlah seorang lelaki yang romantis pada pertuturannya. Dia bukan lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata cinta. Kadangkala dia menjadi seorang yang sangat garang perilakunya. Sikap panas barannya jua tidak bertempat.

*** ***
“Abang kena pergi Sabah…….” ujar Syafiq Amzar dengan nada sayu. Akhirnya, terluah jua ayat itu. Setelah beberapa jam dibiarkan sepi.
“Sebab tu ke Abang ajak Fina kahwin tiba-tiba tadi….?” soalku ingin menduga. Syafiq Amzar mengangguk. Kemudian, menekup wajahnya dengan telapak tangan.

Beberapa saat kemudian, dia menghulurkan sepucuk surat bersampul putih. Surat itu ku sambut dan ku buka. Saat mataku terpaku kepada tajuk surat itu, hatiku di rundum perasaan pilu. Terasa sebak untuk ku terus menatap bait-bait ayat isi kandungan surat itu.

“Esok Abang dah kena bertolak…..” bicara Syafiq Amzar lemah.
“Kenapa cepat sangat, bang….? Bukan ke dalam surat ni tulis hari Isnin…..” soalku sambil memandang ke arahnya.
“Sayang, memanglah dalam surat tu tulis hari Isnin, tapi tu start Abang kerja, kena lapor diri, jadi esok Abang kena bertolak dah sebab nak cari tempat tinggal, nak tinjau tempat awal….. bukannya dekat tempat tu sayang……”.

Aku mengangguk perlahan. Ada benarnya kata-kata Syafiq Amzar itu.
“Sayang mintak cuti hari Isnin boleh tak…?” soalan Syafiq Amzar ku biarkan sepi. Aku berfikir sejenak, kemudian baru bersuara.
“Kenapa….?” Soalku ringkas.
“Temankan Abang pergi sana. Abang geram betul lah, diaorang ni macam nak kenakan Abang je….” rungutan Syafiq Amzar membuatkan aku tertanya-tanya.
“Hah….? Kenapa Abang cakap macam tu…? Siapa yang nak kenakan Abang ni……?” Soalku tidak sabar.
“Sayang tahu tak Abang ditugaskan dengan siapa…..?” persoalan Syafiq Amzar benar-benar membuatkan jantungku berdegup kencang.
“Dengan pakcik kepada Ainun…..” Syafiq Amzar menjawab malas.

Jantungku berdegup semakin laju mendengarkan nama itu disebut. Ainun Khadijah. Iya, nama itu sememangnya sering membuatkan hatiku terasa berdebar. Telingaku panas. Dia adalah bekas tunangan Syafiq Amzar setahun yang lalu. Pertunangan mereka terputus akibat Syafiq Amzar dapat menghidu kecurangan Ainun Khadijah yang sedang berasmara dengan lelaki lain ketika sedang bekerja. Ainun Khadijah bekerja di salah sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Rakan-rakan Ainun Khadijah yang memaklumkan kepada Syafiq Amzar tentang kejadian malam itu ketika Ainun Khadijah check in dengan salah seorang pelanggan “Mat Salleh” dari Eropah. Ainun Khadijah memang terkenal dengan sikapnya yang suka bersosial. 

PostHeaderIcon Kenangan milik KITA bersama





Aku bersyukur kini kerna aku kian hampir temui kebahgiaan yang selama ini aku dambai. Cuma, aku belum tahu ianya sejauh mana. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kebahgiaan itu agar ianya terus bersamaku. Namun, mampukah aku??? Selama mana aku sanggup bertahan? kerna, bertepuk sebelah tangan mana mungkin berbunyi. Tapi, aku jua tidak mampu menolak bahawa aku amat menyintai dirinya. malah lebih dari menyintai diriku sendiri. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik buat dirinya. Namun, kadangkala aku masih merasa terkilan kerna ku tahu, dari sudut pandangan matanya, aku mengerti bahawa segala yang kulakukan kadangkala hanyalah sia-sia. Sehingga kadangkala membuatkan aku menjadi buntu, apa lagi yang harus aku perbuatkan agar dia turut menyintai diriku, memahami gelodak dihatiku. Apakah aku salah jika memasang impian untuk hidup bersamanya kelak. Aku mahukan seorang lelaki yang sedia berada disampingku tidak kiralah dikala susah mahupun senang. Aku tidak mengharapkan yang sempurna kerna aku jua sedari kekurangan diriku. Cukuplah jika si dia mampu buat aku merasa sangat sempurna tiap kali bersamanya. Aku tidak inginkan lelaki yang kacak, tampak, segak bergaya, cukuplah sekadar atau memadai sedap mataku bila memandang. Aku hanya mahukan ketulusan dan keikhlasan hatinya untuk ku jadikan sandaran tatkala ku mengejar kebahgiaan yang diimpikan kita bersama.

Abang,
andai Abang terbaca "coretan" ini, maafkanlah diri ini andai Abang merasa terluka. Tak terniat langsung dihati Keyna untuk melukai perasaan Abang. Keyna tiada tempat untuk meluahkan segala rasa isi hati, di "blog" inilah pengganti "diari" sebagai tempat Keyna meluahkan segala yang dirasa. 

Abang,
Jauh di sudut hati, Keyna amat menyayangi diri Abang, hanya itulah ungkapan yang sering kina katakan pada Abang... Untuk menjadikan rasa "Sayang dan Cinta" ini lebih bermakna hanyalah terletak pada Abang sendiri. Sama ada Abang mahu menghargainya atau sekadar membiarkan perasaan itu berlalu bersama angin bayu yang bertiup pergi.

Sesungguhnya Keyna hanyalah sekadar insan yang lemah. Wallahua'lam.

PostHeaderIcon A Moment of Silence





Aku x tahu apa yg ingin aku luahkan. Aku x tahu mcm mana nak aku nyatakan agar "si dia" memahami isi hatiku. Puas aku menahan rasa rindu yang sedang bergelora. Namun, ternyata kadangkala aku x berdaya mengawal ledakan rasa rindu ini. Aku hanyalah insan biasa. Aku jua seperti wanita lain di luar sana yang sering mendambakan curahan kasihsayang biarpun cuma setitis. Selama ini, hanya airmata yang menjadi peneman setia. Tatkala hatiku dirundum pilu, ditimpa musibah yang pelbagai. Tapi, bolehkah aku merasa menyesal atas segala yang sudah pun terjadi? Sedangkan semuanya telah menjadi suratan Iahi. Aku perlu akur, pengalaman inilah yang mengajar aku erti kekuatan. Siapalah yang x berharap untuk menanti sinar kebahgiaan. Untuk menikmati betapa indahnya kehidupan ini sebelum Malaikat Maut datang menjemput pulang ke tempat asal. Aku hanyalah insan biasa yang sememangnya mengharapkan semua ini. Namun, siapalah kita yang mahu menghalangi kehendak Tuhan.

PostHeaderIcon Di Atas Tikar Sajadah CINTA





Ya Ilahi,
Kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas segala yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun, Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu menolak cinta dari makhluk dan hamba yang sama sepertiku, telah Engkau ciptakan.
Saat ini, hambaMu ini merasa sangat lemah tika berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya. Tolonglah Hamba Ya Ilahi, berikanlah hamba kekuatan untuk meletakkan embun-embun CINTA yang sedang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini ke arah jalan yang Engkau redhai.
Hanya kuasaMu yang dapat memisahkan hamba dengan makhluk yang sedang hamba cintai itu...!!!

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.