Rakan Blogger ;

28 November 2011

PostHeaderIcon Peristiwa Penting ;

Peristiwa penting kali ini yang ku ingin isikan dalam entri ialah mengenai Awal Muharram dan info yang ku dapat adalah dengan mengutip di Pakcik Google, sengaja ku isikan dalam blog ku sendiri agar senang untuk aku menelaah sekiranya memerlukan sesuatu maklumat kelak.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sambutan Maal Hijrah 1433Hijrah kali ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Semoga dengan adanya tema sebegini dapatlah kita sama-sama memahami seterusnya mengaplikasi persefahaman antara masyarakat dengan mengamalkan hidup sihat secara bersatu padu, bekerjasama dan saling bantu membantu agar matlamat dan tujuan kerajaan mewujudkan tema ini sekaligus mengangkat martabat negara untuk menjadi Negara Maju dapat direalisasikan.

Peristiwa Penting dalam bulan Muharram ;

1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram
*Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
*Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
*Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
*Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
*Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
*Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
*Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
*Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
*Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
*Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
*Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
*Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
*Hari pertama Allah menciptakan alam.
*Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
*Hari pertama Allah menurunkan hujan.
*Allah menjadikan 'Arasy.
*Allah menjadikan Luh Mahfuz.
*Allah menjadikan alam.
*Allah menjadikan Malaikat Jibril.
*Nabi Isa diangkat ke langit

Bagaimana dengan sambutan Maal Hijrah kawan-kawan kali ini? Dah mula memasang azam? Sebenarnya ramai masyarakat hari ini lebih mengutamakan Tahun Baru barat sebagai tahun untuk memasang azam sedangkan kita sebagai umat Islam patut melakukan penghijrahan dengan memasang niat dan azam yang baru pada setiap Awal Muharram iaitu membaca Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah. 


Sekiranya anda berkesempatan semalam membaca doa tersebut, tahniah dan syabas. Walaubagaimanapun, azam baru yang diniatkan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Nanti menjadi sia-sia saja.

Oleh yang demikian, untuk menyemarakkan lagi semangat keazaman sempena dengan kedatangan peristiwa penting ini, dengan rasa rendah diri, ingin mengajak anda semua yang berpeluang membaca blog ini untuk menyanyikan Lagu Maal Hijrah, lagu ini sering ku nyanyikan semasa di bangku sekolah dulu malah lagu ini masih tetap dinyanyikan hingga kini tiap kali disambut / diadakan majlis mengenainya.

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA. 
Nyanyi sama-sama ye kawan-kawan ;

Satu Muharam Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Rasullah Dan Umat Islam, Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua, Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman, Untuk Sepanjang Zaman !

0 Orang Yang Rajin Mengomen:

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.