Rakan Blogger ;

01 April 2011

PostHeaderIcon Unhappy Hour ;





Sendirian di Opis ;

Hari ini, aku bangun awal seperti semalam. Rasanya baru 2 jam je kot tidur. Sejak kebelakangan nie, aku sukar untuk melelapkan mata. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin sbb aku terlalu berfikir dan sering memaksa diriku untuk terus berfikir dan berfikir. Aku buntu, aku bingung dan masih celaru. Kenapa dan mengapa setelah aku berikan pengorbanan dan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi, dia masih tidak mampu membalasnya setimpal dgn yg ku berikan. Aku tidak pernah meminta apa-apa dari dia apatah lagi yang melibatkan wang. Cuma, yg aku mahukan dia lebih bersikap seperti orang dewasa. Bukan dia tidak ada masa depan, malah aku rasa dengan "kemahiran" yg dia ada lebih menguntungkan dirinya dari nasib seperti aku nie; ambil saja jurusan Diploma Pengajian Islam tapi aku tidak pun bekerja dalam "konteks" pengajian tersebut. Berkali-kali aku mengingatkan dia perkara yg sama, kalau dia jemu mendengar, aku lebih penat berceloteh. Dgn berbekalkan "air liur" yang melimpah ruah, aku telah menetapkan syarat pada dia, untuk tidak terlalu taksub pada hobinya. Bukan aku larang, cuma aku minta tolonglah kurangkan. Kalau tidak sentuh soal duit, tidak apa juga, nie melibatkan pelaburan yang lebih cenderung ke arah pembaziran. Aku nie sanggup la ikat perut, ikat hati, teringin nak "shopping" kasut, baju dan beg macam dulu-dulu sebelum mengenali dia tapi boleh jua ku tahan nafsu "shopping" ku. Semuanya ku lebihkan dirinya. Kalau boleh semua kemahuannya aku ingin turuti. Tapi, mungkin silap aku jua, aku yg membiasakan dia seperti itu dari awal lagi, sepatutnya biarpun sayang, aku perlu lebih mengawal dan ajar dia untuk turut sama kawal. Keadaan mula semakin mendesak kini, aku tidak tahu apa lagi yg terbaik. Aku seakan dah putus asa. Kenapa, kenapa dan kenapa??? aku berharap dia akan lebih mengerti selepas ini, dengan tindakan untuk menjauhkan diri dan mendiamkan diri buat sementara waktu, aku harap dia cenderung untuk berfikir sejenak atas segala nasihat yg ku berikan. Aku lebih sukakan seseorang yg mementingkan keluarga lebih dari diriku kerna, di situ terletaknya peranan dan tanggungjawab yg boleh dia pikul kelak. Kalau dia berjaya sayangkan dirinya melebihi menyayangiku, pasti aku akan terus berada di samping dia. Kerna, bagi ku, sayangi diri sendiri terlebih dahulu adalah penting kerna jika kita tidak sayangkan diri sendiri, mana bisa sayangkan orang lain. Sekian untuk coleteh dan luahan ku hari ini.

0 Orang Yang Rajin Mengomen:

Blog I'm Following ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Ady Shakeyna
"I like to think dats other people are da ones who screw up my life". Nama diberi Adilatul Sakinah binti Abdul Hai. Berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. Berumur.... ??? tu rahsia kot! Kalau Nak Kenal Diri Ini Dengan Lebih Mendalam, Kenalah Ikuti Blog ini yea. Hehehehe... Promote Nampak... Biasalahkan, bkn nk kait untung tp just nk share... Best Regard !
View my complete profile

Check it out !!!

Welcome to "My Reality"

:: For Me, Life is like riding a bicycle, to keep ur balance, u must keep moving ::

Coretan Setiap Hari ;

12-Feb-2013
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27)
Perhatian: Button ini jika di klik, bukanlah link yang menyebabkan anda tertipu, ia hanya pentas bahasa coretan AdyShakeyna

Duniaku Disini ;

Beginning are usually scary,

Ending are usually sad,

But its everything in between

dats makes it all worth living...

Selamilah Jiwaku ;

Bukan semua yang kita rasakan,

kita dapat meluahkan dengan bicara kata,

kadangkala kita lebih selesa menulis

dan melakarkannya di dalam hati...

:: Demi Masa ::

Blog Archive

Total Pageviews ;

:: Hari Demi Hari ::

:: Panduan Al-Qur'an ::

:: Solat Itu Tiang Agama ::

About

Facebook Badge ku ;

Amazing Counters ;

:: Jom Borak Disini ::

:: Main2 Dgn Si Hamster ::


bloguez.com

Turtle yg Cute ;

AdyShakeyna - WishList ;

Futher Study : Degree
Berkahwin dgn Jejaka Pilihan
Menjadi Penulis Suatu Hari Nanti
Menunaikan Haji

:: Klik Di Sini ::

Terima Kasih Krn Sudi Berkunjung Disini. Datang & Terjah Lagi. Jgn Lupa Tinggalkan Jejak OK. Bye. Powered by Blogger.